Akujanji



Sesi pendaftaran untuk pelajar tahun akhir bermula biasa biasa sahaja pagi tadi. Aku dan Hadi bertemujanji di parking lot depan Astro. Kami sampai ke kolej awal sedikit daripada Zuhir yang biasanya datang tepat pada waktu. Tapi kali ni dia terlewat, servis kereta atau sedang potong rumput di halaman rumahnya barangkali. Aku menunggu di 'foyer' di mana tempat para pelajar foreigner lepak menghabiskan masa dengan bermain catur dan psp. 15 minit menunggu, Zuhir sampai dan kami terus daftar di meja pendaftaran yang terletak betul betul tepi tangga. Fail yang sarat dengan informasi aku ambil dan baca sementara menunggu tentatif seterusnya iaitu 'administration briefing' di tingkat atas (kene naik lif). Zuhir awal awal lagi bagitahu yang dia tak nak ikut sesi yang telah direncanakan oleh pihak kolej, kerana 'ada kerja' katanya. Zuhir memang sentiasa sibuk, semua sudah sedia maklum. Mungkin nak berlatih menjaringkan gol sempena futsal esok di Sport Planet Ampang.


"Jumaat ni aku nak score 8 bijik!" Aku teringat kata kata zuhir ketika aku membelasah team dia 5-1 waktu main PES tempoh hari.

**Tamat pasal Zuhir**

Taklimat yang diberi oleh pegawai admin lansung aku tak hiraukan. Aku lebih menumpukan perhatian kepada buku yang diberi pinjam oleh kawan aku. Kronologi Sinkronik sebuah buku blog hasil karya saudara Firol memang buat aku tak mengantuk. Sejam berlalu, tukang beri taklimat dah bertukar dengan seorang lagi pegawai admin yang lebih serius. Taklimat kali ni diselitkan sedikit dengan info pasal  FYP (Final Year Project) yang bakal aku harungi dalam masa terdekat ni. Buku blog yang aku baca tadi aku tutup dan simpan dalam beg, zip laju laju. Semangat untuk belajar tiba tiba datang menyerang. Aku mendengar setiap perkataan yang keluar dari pegawai admin tu dengan penuh khusyuk dan berminat. 

Buat kali ke berapa ratusnya aku berikrar dalam hati:

"Aku nak start wat assignment awal semester ni !!!!!" 

Lima belas minit kemudian, aku mengantuk. Aku tarik balik zip beg aku. Taklimat yang diberi oleh pegawai admin lansung aku tak hiraukan. Aku lebih menumpukan perhatian kepada buku yang diberi pinjam oleh kawan aku. Kronologi Sinkronik sebuah buku blog hasil karya saudara Firol memang buat aku tak mengantuk.



10 saman:

farwalis said...

aku suka bab zuer nak score lapan walau tengah kalah.


ambitious!!

Amal said...

pinjam buku firol!

zul said...
This comment has been removed by the author.
zul said...

aku nk tnye ko, bdk bijak mana yg wt asgmnt awl...sifu hadi pun wat last minute..kaka..last minute most effective maa..hahaha

merahitujambu said...

BILA NK ABS BELAJAR??CPT CKIT TLG MAK BAPAK PLAK..HAHAHAHA

Firol said...

Ya terima kasih banyak2 sudi membaca....asgmnt last minit memang sesuatu yang biasa untuk org luar biasa....

am3r said...

frwalis:: zuer memang semangat die laen macam sikit!

amal:: erkk, tu pon buku pinjam...xabis bace lagik hahah

zul:: haa, masalahnya hadi yg suro aku wat esement awal ni bro..

athirah:: tanak keje, nak belajar!!!

firol:: kadang-kadang aku baca buku tu masa makan, terus kenyang! hahaha

hilman.fikry said...

jemput telan kurma yusof tayub. ada byk lebih. =D

Kenanga Biru said...

:)

Jorji said...

Selamat HAri Ghayo!