Nescafe memang sedap!


Rokok gulung yang diberikan Hadi kepada aku membuatkan kepala aku berputar macam gasing. Sumpah pening, mungkin sebab aku dah lama tak hisap rokok gulung. Rokok yang mempunyai perasa ape tah aku tarik dalam dalam dan hembus asap perlahan lahan macam orang yang tengah banyak masalah. Tak sampai setengah batang aku buang lalu aku pijak lebihan rokok itu. Banyak benda yang aku fikirkan sehingga aku pun tak tahu apa yang aku fikir. Aku berjalan beberapa tapak ke motor kesayanganku untuk mengambil Nescafe latte yang aku letak di situ sebelum aku mula menghisap rokok tadi. Selepas beberapa teguk, aku kembali bersama kawan kawan serokok. Tapi sebelum aku sampai ke destinasi yang ingin ku tuju, bedeeeeeeeeebukkkkkkkkk!!! Kaki kiri aku masuk longkang.


Dalam kesakitan tu, aku nampak, sorang dah gelak terkekek kekek, sorang tengok aku dengan muka kesian, dua orang lagi tengah mencarut dalam bahasa arab. Kaki aku da macam nak patah terkena simen dekat longkang tu dorang leh buat tak paham je. Tapi tak apa, aku cool. Aku buat buat macam tak sakit. Untuk mengelakkan gelak itu berpanjangan, aku hidupkan enjin motor, terus aku blah cakap nak beli pergi beli rokok. Muka dah merah merah macam mintak penampar hahah...


p/s: sape tak pernah jatuh longkang? meh aku tolak masok longkang, pastu biar aku gelakkan korang :D

aku tak tahu kenapa




Tiba-tiba mood aku hilang.
Kenapa kau dah tak seperti dulu?




Yer, manusia boleh berubah dalam sekelip mata. Mereka ada hak.

sesi merehatkan minda


Ahad lepas aku menyaksikan perlawanan akhir badminton All England antara Dato Lee Choong Wei dengan budak hingusan dari Jepun bernama Tago. Boleh tahan la jugak budak Jepun ni main, walaupun tak menang, tapi aku suka tengok semangat budak ni. Muka nak serius je, cuba la senyum sikit. Satu dunia tengah tengok muka lu bro~~Tahniah untuk Choong Wei sebab menang dengan jaringan gol 21-19, 21-19. Tapi, aku rasa bola Chong Wei yang point last tu macam out jer, ulang tayang beberapa kali jelas kelihatan yang bulu tangkis itu sebenarnya OUT. Tapi nak buat macam mana, dah dapat duit dengan medal pun. Tahniah!

Hari ni satu konsert mini akan diadakan di kolej aku. Dan yang paling best, aku terlibat secara lansung untuk menjalankan konsert ini. Aku akan bergandingan bersama seorang anak watan dari Maldive dan tiga anak Malaysia untuk menyanyikan lagu Situasi dari kumpulan Bunkface secara akustik. Tak dapat masuk audition AF pun takpelah, mana la tau masa aku tengah perform nanti M.Nasir datang usya aku, pastu terus offer aku contract. Sape tau ye dok? Suara aku pun tak lah sedap sangat, tapi kalau nak dibandingkan dengan Jason Mraz tu susah sikit la nak bezakan.

Bukan setakat aku kena nyanyi je, ade lak lecturer ni dengan begitu sopan menyuruh aku untuk memperagakan pakaian kebangasaan iaitu baju melayu untuk fashion show. Haishh.......Tapi takde hal lah. Demi mu lecturer, aku sanggup. (Lecturer tu boleh tahan la suweet die) Jadi aku kene buat buat senyum bila tengah catwalk nanti heeeeeee. Aku ingat azab aku dah berakhir, rupanya ada satu lagi permintaan. Aku kena menjadi penari latar untuk closing ceremony. Aku kena menari lagu Im Alive dari Celline Dion. Sumpah kelakar, kalau ade orang rekod time aku menari ni, memang aku nak bakar kamera dia. Serius weh!!!

Harap-harap konsert ni berjalan ngan lancar. Ermm tiba tiba aku rasa macam jadi orang penting je dalam kolej ni :p. Bila dah jadi orang penting ni, kena jaga keterampilan, tingkah laku dan percakapan kan? (hipokrit gila!!) Lepas jadi orang penting, baru lah boleh jadi terkenal kat kolej hahahhahaha...Agak agak, sem depan boleh tak aku dapat adik angkat dari Mongolia?


Comelkan student mongolia :p



Tiada Tandingan


Memang banyak aku jumpa di pasar pasar malam, restoran restoran terkemuka di bandaraya, malahan kedai tomyam samad kat hujung kampung tu pun ade jual. Tapi semuanya tidak sama, dari segi rupa, harga dan paling penting RASAnya. Setelah jauh merantau, dari selatan ke utara, timur ke barat akhirnya mataku tertangkap sesuatu yang amat menarik perhatian serta perutku.


Aku terus bagi signal kanan , parking Skyline limited edition aku betul betul depan kedai nie. Perut dah mula berkeroncong, ape lagi aku terus order.

"bang, bagi saya nasi goreng ayam lebih, dengan teh o ais".

"maafin mas, disini cuma ada pau. nasi nasi ga ada mas..maafin ya"

"ermm, macam tu bagi Pau ayam satu, teh o ais satu. ok?"

"ga cukup sih, kok Pau nya cuma satu".

"takpe, saya memang tak makan banyak" Aku memutuskan perbualan.

Pelayan indon tu pun berlalu pergi dengan order aku tadi. Selang beberapa minit, tak sempat aku nak update status facebook pun, makan yang aku order tadi pun sampai. Ape lagi, makan la!!





Haa kan aku da cakap, aku makan satu je. Memang tak banyak pun, jadi kalau korang dengar yang aku makan banyak tu, semuanya tak betul OK?

Pekena Pau ayam ngn teh o ais waktu tengah hari memang best. Tapi aku tak rasa nak makan banyak pun, sebab aku makan tak banyak (saje ulang banyak kali eheh). Tengah aku dok menikmati pemandangan Tanjung Malim, tiba-tiba ada masej masuk kat henpon aku. Aku bace:

"Kehadapan sahabatku yang disayangi, apa khabar kamu di sana? Aku harap sihat-sihat hendaknya. Aku di sini sihat sahaja, berat pun dah naik 10 kilo tapi aku tak kesah. Dengarnya kamu berada di Tanjung Malim sekarang, betul ke? Kalau betul lah perkabaran ini, boleh kah kamu membelikan aku LAPAN biji Pau? Empat daging dan empat ayam. Aku ingin sangat makan kesemua Pau pau tu nanti, kerana aku sedang lapar sangat-sangat. Kerjasama kamu amat aku harapkan. Sekian terima kasih.

ps: pecah kaca pecah gelas, sudah makan jgn curi gelas"-Farwalis

Setelah membaca masej tadi, aku cuma tersenyum. Dia ni memang kuat makan, jadi aku tak la heran sangat setakat lapan tu. Sebelum berangkat ke KL aku pun tapau la Pau tersebut untuk sahabat ku tadi. Sebelum tu aku ade snap beberapa keping gambar lagi.

sangat klasik

dah tak klasik

jangan risau, 100% halal

Aku pun meneruskan perjalanan ke KL yang aku anggarkan sejam perjalanan. Destinasi seterusnya ialah MASUM yang terletak di Pusat Sukan Universiti UPM Serdang. Tujuannya adalah untuk memberikan Pau yang dikirim tadi berserta jersy Liverpool tanpa logo C'berg versi original dari Padang Besar, Perlis. Dalam perjalanan, aku lalu sebelah UPSI. Perghh, kalau time aku sekolah dulu cikgu aku semua macam yang aku nampak ni, konfem aku dah jadi budak pandai dan sambung belajar kat Manchester United. Hot gila bakal cikgu-cikgu kat sini!!

Baju ungu itu adalah budak UPSI!




Setelah sejam perjalanan, aku sampai di MASUM. Erm, aku malas la nak cerita panjang2. Korang tengok gambar kat bawah nie, dan buat lah kesimpulan sendiri eh? Aku tak marah nye..








ps1: Aku da cakap dia ni kuat makan, korang tak caya....
ps2: Masa aku makan Pau nie, aku tengah rindu kat orang jauh :D

zZzZzZZzzZ

Kau suka bercerita,
Aku suka mendengar.

Kau terus membebel,
Aku tersenyum lebar.

Pagi-pagiku bermula dengan suaramu.
Malam-malamku diakhiri dengan ucapanmu.

Aku selalu tersenyum, gembira tidak terkata.
Setiap hari, setiap ketika,
Tiada akhirnya.

Tapi, pabila Kau marah, muka kau merah menyala,
Aku senyap, membisu tanpa kata.
Kerana aku tau, itu salahku semua.

Andai kau senyap, aku pun senyap.
Sebab aku tau amarah kau masih memuncak.
Mampu meranapkan segunung jiwa.

Aku sanggup menunggu, sampai hujung waktu.
Dan harapanku cuma satu,
Aku mahu kau buatku tersenyum seperti dulu.











mari mari mari


Aku akan betolak ke Penang dalam masa beberapa minit lagi. Tujuan utama ke sana adalah untuk menghabiskan SEMUA makanan enak-enak dan lazat-lazat yang dijual di sana. Aku dah terbayang 2 pinggan Nasi Kandar Line Clear, Char Kuey Tiau, Pasembor, Cendol yang bakal aku telan sok dan lusa. Aku akan bergerak secara beregu bersama seorang sahabat jambu, dan menginap di sana buat beberapa hari.
BYE!!


ps:1. baru lepas charge bateri kereta, hope boleh pecut Lambo atau DC5 yang aku jumpa kat highway nanti. :p
2. awak!!jage diri leklok :D

Kau melukai hatiku

Hari ni emosi aku tak stabil, semua perkara tak betul. Itu salah, ini salah, semua benda salah. Makan jer perkara yang aku buat dengan betul. Erk, maksud aku makan dengan diet yang seimbang, dan ikut piramid makanan. Bukan aku kuat makan OK?

Keadaan ini berlarutan selama beberapa jam, sehingga suatu ketika. "ting teng tong ting teng" bunyi hp aku menandakan ada masej masuk. Tertera "1 mms received from Elly Mazlein". Aku tersenyum sendiri. Aku mula terbayang wajahnya yang comel bakal menghiasi skrin hp ku sebentar lagi, dan mungkin ianya dapat menstabilkan emosi aku yang begitu fakap tadi.

Aku tekan "open message", aku perhati lama gambar yang dihantar. Aku amati pula tulisan yang tertera di gambar itu. Perasaan mula menjadi kacau, darah mendidih ibarat gunung berapi yang ingin memuntahkan lavanya yang panas. Mata menjadi merah ibarat vampire yang dahagakan darah. Hati ini bagaikan ditusuk-tusuk sembilu yang amat memedihkan. "Kenapa sanggup kau lakukan semua ini sayang, kenapa???" Teriak ku sekuat hati.

Aku menjadi sangat marah, lantas aku menjadi sangat LAPAR!!!!!!!!!!! Aku lempar hp aku ke katil, lalu turun ke dapur untuk menelan semua makanan yang ada, SERIOUS!!!




I tak sangka U sanggup kutuk I secara sinis.
Hantar I balik rumah mak I sekarang jugak!!


ps: Budak kecik tu pun macam tengah gelakkan aku..arghh!!!

mind map


Mind map adalah peta minda. Kalau kita perhatikan, analisa, kaji selidik kebanyakkan pelajar yang berjaya dalam SPM, PMR, Final Exam kt U tak kira swasta atau pun awam, semua menggunakan peta minda untuk belajar. Pasti berjaya!!!!

Itu kalau untuk mereka yang ingin pandai dan fokus dalam kelas. TAPI, aku telah menukar konsep peta minda ini daripada untuk senang untuk memahami kepada untuk menghilangkan mengantuk dalam kelas. SUMPAH aku mengantuk dalam kelas 'Marketing' tadi, jadi aku mengeluarkan A4 dan mula melukis ntahpape dan menulis ntahpape. Apa yang ditulis oleh lecturer, aku catat kat balik A4. Ini boleh menghilangkan mengantuk, dan sebetulnya, sepatah haram aku tak faham apa yang diajar oleh lecturer 'Marketing' nie. Cuma yang aku ingat, dia ada sebut pasal 'Harley Davidson'.

Tulisan aku memang buruk, tapi bersebab. Aku kedekut ilmu, dan tak nak bagi orang len faham apa yang aku tulis, bukan sebab tulisan aku buruk OK?


ps: lukisan lukisan itu tiada kene mengena dengan subjek 'Marketing' tersebut, terima kasih