Borak Flyover.


Hujan sedang-sedang lebat membasahi bumi Cyberjaya. Sebagai pemuda yang berhati-hati dan prihatin tentang keselamatan, aku berhenti menumpang teduh di bawah salah satu 'flyover' lebuhraya Sekembang-Dengkil. Bukan takut kebasahan, tapi aku risau juga dengan kesihatan Blacky yang sering berhujan ni. Walaupun dia tampak tenang dan gagah, tapi aku faham isi hatinya yang meraih simpati kesejukan.

Sedang menikmati kehebatan Maha Esa dan keegoan pemandu kereta, datang seorang brader dengan Z1000 nya berhenti betul-betul di belakang Blacky. Aku pandang, senyum dan angguk tanda sapaan asas bikers Malaysia. Tangan dihulur berjabat cara pahlawan perang.  Aku yakin benar brader ni seorang jurutera rokes yang bekerja di Cyberjaya. Muka bengis berkaca mata, berbadan besar dan berseluar jeans lusuh koyak sedikit bawah lutut. Brader tadi berhenti sekejap untuk membalut notebook yang dibawanya dengan plastik dan diletakkan kembali dalam porch-bag.


Lama juga aku berborak kosong dengan dia, nak dekat 5 minit kiraan kasar. Dari tinggal dekat mana sampai ke perihal kisah Farid Kamil membuntingkan Diana Danielle dengan jayanya. Ini aku tipu. Sebelum balik aku ada tanya dia 2 soalan.
.


Kerja apa bang? 

Aku part time je dekat Kirkby College ni, mengajar. 

Mengajar apa?

Hurmm, Pendidikan Islam.

oooooooooooooooooo...........



Kawasetan


Aku baru sahaja selesaikan proses pembelian motor dari abang ipar sendiri. Kehulu hilir, kesana sini, kesitu sinun lah aku dengan motor baru. Sukanya bukan kepalang, mengalahkan mereka yang mendapat keizinan isteri untuk berkahwin lagi. Orang kata mencapai inzal dengan memulas throttle.

Tapi itu dua bulan lepas, sekarang dah rasa macam nak tukar motor lain pulak. Jenis perangai setan.









3 Kali


8.00 pagi  semalam, aku balik dari office. Meja harus kemas, file tersusun rapi, pen dan pensel mestilah diletakkan di tempat yang betul. Jangan kita zalimi pen dan pensel dengan tidak meletakkan pada tempat asalnya. 

9.00 pagi aku sampai rumah. Sepatutnya perjalanan makan masa setengah jam je, tapi  harini aku ambil masa sikit sebab nak tengok gadis cantik masuk kerja dekat kilang Vitagen depan warung mamak tu. Ok lah, nak buat santapan mata sebelum balik rumah. Sampai je rumah, aku masuk ikut pintu belakang. Sebab selalunya pagi pagi ni mama buat sarapan, jadi senang lah nak makan nanti. Tekaan aku tepat, nasi goreng kampung dengan ikan masin siap terhidang atas meja. Kopi pula masih panas menunggu untuk dihirup. Lepas salam tangan mama, terus aku letak beg, jacket dekat tepi peti sejuk. Jam tangan aku tanggalkan, phone aku letak sebelah pinggan. Bermula dengan Bismillah, aku telan nasi goreng satu pinggan. 

5.00 petang, aku baru bangun tidur. Kerja shift ni gila sikit, jam badan beroperasi di luar normal. Tapi demi ingin menjana ekonomi dunia, aku letak tepi soal masa kerja. Anak manja je kerja dari 8 pagi hingga 5 petang ni. Aku bingkas bangun dari katil terus masuk bilik air hanya 2 langkah dari kamar beradu. Berus gigi buatan Jepun aku capai, letak sedikit perasa dan aku aku tonyoh dekat gigi dengan lembut. Gigi kena jaga betul betul, benda nak guna lama. Lepas siap, aku turun bawah niat nak minum air suam segelas dua. Sampai dapur, ada sebungkus nasi ayam penyet belum berusik bawah tudung saji. Aku tarik kerusi, bukak kipas, terus makan sampai habis.

8.30 malam, Saif datang dengan Ajiwak naik proton wira spec UK. Katanya kalau setakat FD tu, pejam mata saja. Cakap budak Kelantan ni kita jangan percaya sangat, takut jadi khurafat. Niat malam ni nak jumpa sepupu Saif, dekat gombak. Nak tukar nama dekat geran motor. Sepupu Saif ni kerja Puspakom. Senang cerita, kita hulur sekeping note RM50 semua benda boleh setel. Tak payah aku nak beratur panjang panjang dekat JPJ tu. Lepas sesi table talk, aku nak balik rumah. Saif pula ajak tapau makan dulu, aku akur. Sebungkus nasi ayam dara greenwood menjadi pilihan. Sampai rumah, aku makan. Memang sedap. Syukur ke atas kurniaan rezeki yang diberiNya.

Semalam, aku makan nasi 3 kali. Budak bangfes pavilion je yang takut makan nasi banyak banyak ni kakakak.

Hari kedua pada bulan Mei 2012


Nak dijadikan cerita, pagi tadi aku terjaga tidur awal dari biasa. Aku angkat talipon tengok jam, baru pukul 5.30 pagi. Aiseh...... Ni bala. Mengikut kiraan tolak campur, baru masuk 2 jam waktu solid aku tido. Dan mengikut pengalaman pula, kalau terjaga waktu macam ni memang payah aku nak tido balik. Lama jugak aku berlakon buat buat tido untuk tertido. Tapi kali ni, skill ini tak menjadi. Aku akur.

Aku bangun, tekan suis kompiter dekat sebelah katil bawah meja. Sambil tunggu kompiter ni warm up dan masuk windows, sempat aku jeling ke luar rumah. Gelap dan sunyi. Bila kompiter aku dah sedia untuk beroperasi, aku cari lagu 'bawaku pergi' nyanyian zizan dan kaka untuk menghidupkan suasana pagi. Sedap lagu ni, sampai sekarang aku tak faham kenapa kerajaan banned lagu sedap macam ni. Bangang tak habis habis. Banyak benda sebenarnya aku tak puas hati kalau nak cakap pasal kerajaan ni, tapi aku cakap belakang je lah kah kah kah. 

Lambang google chrome aku tekan laju laju. Laman web my.yahoo, facebook, twitter, youtube dan gmail terbuka dengan automatik. Tak ada benda yang menarik untuk dibaca dan dikomen, kecuali pasal Liverpool kalah dengan Fulham. Hehehe, sama bangang macam kerajaan. Aku tutup browser, lagu dari kumpulan The Used pula kedengaran di corong speaker. Sambil melayan lagu, datang akal untuk berjogging sekeliling taman. Sambil menghirup udara segar, boleh juga buat hilang lemak sekilo dua.

Selepas menunaikan solat subuh, jam menunjukkan pukul 6.45 pagi. Aku persiapkan diri. Track suit dan jersey Germany disarung, baju sejuk dicapai, stokin aku ambil dalam robok sebelah meja cermin. Semangat macam ni bukan senang nak dapat, setahun sekali belum tentu. Aku buka pintu bilik, turun tangga satu satu tanpa gelojoh. Sampai tingkat bawah, aku tengok lampu dekat bahagian dapur dah terbuka. Aku syak mama tengah kemas dapur, dan aku terus bertanya.

"Mak buat ape tu?" tanya aku dengan ingin tahu. 

"Nak buat nasi goreng dengan lempeng ni haaa" jawab mama selamba.

"Hurmmmm.......... Besok je lah aku jogging." bisik hati kecil Amir Amri.



Kisah Cinta Kau dan Aku



Hari ni Cik Nadiah kita bermuram durja, tak tau apa yang difikirkannya. Seperti ada yang tidak kena, seperti ada yang cuba melagakan sesetengah perkara. Jadi, niat untuk makan malam bersama terpaksa aku lupakan sahaja. Mungkin dia perlukan sedikit masa, dan aku berikannya. Aku akui, bercinta dengan adiwira negara ni memang banyak halangannya. Hanya mereka yang kuat sahaja mampu bertahan. Ye, aku tahu dia kuat. Aku hantar dia pulang, tanpa sepatah bicara. 

Sesampai di Puncak Jalil, badak menghantar pesanan melalui whatsapp. "Aku lapar..Aku mahukan makanan" katanya ringkas. Sebagai seorang kawan yang menjaga hati dan nafsu makan seorang kawan, aku layankan saja. Setelah janji dimetrai, tempat yang kami ingin pergi adalah sebuah restoran di Cyberjaya. Aku, caki dan zuhir adalah panel utama untuk aturcara malam minggu ini.

Setengah jam berlalu, aku dan caki tiba di tempat yang dijanjikan. Seperti diduga, bayang zuhir masih tiada. Itu perkara biasa dan harus dibiasakan oleh mereka yang baru mengenali beliau. Bukan sengaja, tapi zuhir ni banyak komitmen lain seperti kemas rumah, susun kasut, sapu sawang dan juga basuh kolam di depan rumahnya. Pernah juga dia mengadu kat aku pasal komitmen dia ni, aku  cuma mampu berkata "You're the chosen one Zuhir, the chosen one".  Zuhir hanya mengangguk, dan harapan aku adalah semoga dia faham pepatah inggeris aku tadi.

Sampai di restoran, menu dihulur kemas oleh pelayan. Aku teliti satu satu senarai makanan. Manakala caki tanpa melihat menu sudah mula memesan Lamb Hanith untuk santapan malam, nescafe o panas untuk penghilang dahaga. Menu aku pula mudah, hanya segelas air suam dan juga sebiji kurma sudah memadai. Sambil menunggu zuhir, kami mula berbual kosong tapi berilmiah. Dari isu bersih 3.0 ke isu The Avengers. Lompat kepada isu FAM bangsat, Liverpool gila, gempa bumi 8.9 skala richter, ekonomi dunia dan isu keldai dadah di seantero dunia yang semakin berleluasa. Iya, kami memang perihatin. Perkara macam ni kena ambil serius!!

Makanan yang dihidang seawal isu Avengers dibualkan tadi dah habis di telan. Kemunculan zuhir masih dalam bayangan... Aku hanya mampu menggelengkan kepala selepas melihat jam di tangan......Caki pula meneruskan suapan demi suapan.







KEPALA BANA APA ZUHIR NI, LAMBAT SOKMO!!! CILAKO..HAHAHAHAHHAHAHA!!!!







Ini zuhir. Tah benda bangang apa la dia nak buat ni.
Perangai, tak berubah!!




Engineer IRIS Peneraju kecemerlangan Negara


Singapore adalah sebuah negara kecil dan maju dari sudutteknologi, pembangunan, kemudahan awam dan juga mempunyai nilai kehidupan yang amat berdisiplin. Memasuki kota singa ini pada waktu malam dengan memandu kereta berjenama Malaysia memang sesuatu yang mengujakan.

Sampai di imigresen link kedua kami disambut mesra oleh pegawai imigresen baik di Malaysia ataupun di Singapore. Tidak mempunyai masalah besar untuk kami melepasi halangan imigresen ni, sebabnya bersama kami ada seorang engineer IRIS yang menjadi tunjang utama pembangunan aplikasi imigresen Malaysia. Jadi, sekali jeling terus mengucap panjang brader imigresen yang asik dapat duit kopi tu. Kami lepas halangan pertama.

Selepas halangan imigresen, ada satu lagi halangan iaitu kastam. Sekali lagi engineer IRIS memainkan watak penting dalam scene ni. Dengan satu salam cangkuk, kami lepas tanpa diperiksa atau diperkosa oleh pegawai kastam singapore. Rupanya budaya salam cangkuk ni berleluasa sehingga ke negara jiran, aku ingat dekat kuantan je ada. Dipendekkan cerita kami lepas halangan kedua.

Perjalanan kami di Kota Singa pada waktu malam lancar. Kadangkala signboard dan garisan di jalan raya mengelirukan, tapi kami berjaya mengharunginya dengan tenang. Sekali lagi ketenangan memandu di Singapore ini mustahil diperolehi tanpa kehadiran engineer IRIS bersama kami. Dia seperti sudah hafal setiap pelusuk di sana dan sini. Walaupun baru 2 km masuk negara ni kami dah sesat, tapi tanpa dia kami tidak akan pernah merasa menjejakkan kaki di sini.

Destinasi kami malam itu adalah Mustafa Centre, atau dalam bahasa aku adalah Mydin Singapore. Buka 24/7 dan menjual barang berjenama. Kalau sesiapa ada hati nak supply barang 1 Malaysia kat kedai ni, tak payah nak buat malu negara ok? Ada antara kami berhabis sehingga hampir 150 dollar (RM300) di sini untuk membeli perfium, tapi engineer IRIS chill, tak beli apa apa pun. Mungkin barang di sini tidak mencapai standard beliau. Setelah hampir 3 jam kami di sini, mata dah mula kuyu. Jam hampir pukul 3 pagi, dan kami harus pulang ke negara asal untuk bermalam.

Akhir kata, engineer IRIS ni memainkan peranan yang amat penting dalam trip kali ini. Dah la comel, jambu pula tu. Kalau aku perempuan, tidak mengambil gambar bersamanya adalah satu kerugian yang amat besar.




xoxo





KFC


Sempena hari Valentine's semalam, dia ajak aku untuk makan malam. Tapi bukan sebab nak meraikan Valentine's tu, tetapi sebab aku tengah lapar dia pun tengah lapar. Tepat 5.30 aku dah terpacak depan office dia, dan check in melalui aplikasi bangang foursquare.

10 minit menunggu, dia muncul dari pintu office dan terus berjalan masuk ke dalam kereta. Kami bersetuju untuk makan malam di KFC, tempat yang paling romantik ketika zaman sekolah dulu dulu. Walaupun KFC ni fast food yang paling banyak kontroversi, tapi pergi mati dengan semua tu. Aku kalau sampai KFC boleh jadi sawan masa nak order, kalau boleh semua benda nak makan. Tapi first thing first, cheezy wedges wajib ada. Snack plate spicy untuk dia, gabungan ayam dan burger (X-Meal) untuk aku. Setel bab order.

Sambil makan kami bercerita pasal aktiviti harian masing masing. Dia cerita pasal customer dia, aku cerita pasal Jack, dia cerita pasal overtime kerja dan aku masih cerita pasal Jack. 30 minit berselang, hidangan yang tadi memenuhi meja dah memenuhi perut. Aku tersandar kekenyangan, dia tersenyum kepuasan.

Aku suka tengok dia suka, walaupun terpaksa melanggar peraturan diet kali ke-5 dalam bulan ni. Takpe takpe, bulan depan boleh sambung diet lagi hihihi.

*Jack = bos aku kat tempat kerja.