Sepetang di Kedai Makan!


Tersedar aku dari tidur apabila telefon berbunyi lantang. Jam menunjukkan baru pukul 11.30 pagi waktu tempatan. Aku membaca pesanan ringkas yang di hantar oleh Kesyi yang rumahnya hanya 10 minit berjalan kaki daripada apartment aku.

"weh nak gerak pukul berapa ni? kang jalan jem dowh!"

Baru aku teringat yang aku dah janji nak teman dia shopping kat Takeshita-dori. Maklumlah orang baru dapat gaji la katakan. Takeshita-dori terletak betul betul kat depan Harajuku Station, Tokyo. Kat sini memang tempat budak-budak muda macam kami membeli baju yang up to date dan fashionable murah murah, setakat 500 yen tu ape lah sangat :D. Baru lah boleh jadi orang muda Tokyoite hehe..Kira Takeshita-dori ni macam downtown cheras lah kalau kat mesia. Kat sini je lah tempat kami abiskan duit gaji bulan bulan..Kalau nak pergi shopping kat Shibuya memang tak dapat lah...Ada ke patut spender pun sampai 2000 yen..hishhh, ngarut!

Takeshita-dori, kat area Harajuku.
Kat sini memang ramai orang

Aku pun bangun lah dari katil dan bersiap.. Sebelum gerak nak pergi rumah kawan aku tue, aku text dia dulu, aku cakap lagi 3 minit aku sampai. Biar by the time aku sampai rumah dia, dia dah siap. Malas aku nak tunggu-tunggu. Kalau aku cakap lagi 10 minit aku sampai, kang mesti dia baru nak makan lah, baru nak minum lah, baru nak melantak lah..Untuk pengetahuan, member aku nie memang kuat makan. Ting tang ting tang aku pun sampai depan rumah dia, dan kitorang gerak terus ke tempat yang dituju. Perjalanan dari rumah aku ke downtown jepun ni tak la jauh sangat, dalam 15 minit kalau naik The Yamanote Line (LRT kalau kat mesia). Lalu Shinjuku, Yoyogi, Shibuya pastu sampai dah...Senang kan?

JR Yamanote Line, murah jer nek nate nie

Ting tang ting tang kami pun sampai ke destinasi yang dituju. Si Kesyi ni apa lagi, sebuk la mencari baju seluar semua.. Sambil aku teman Kesyi shopping, aku pun keluarkan gadget aku yang paling aku sayang~Nikon D90 dan terus snap pape yang patut...Kat sini memang ramai awek-awek jepun yang comel2 hee...Mane tau boleh wat calon bini ke nanti ahaha.....

Ni kalau bawak gi makan kedai mamak,
perghh, sume pandang siot!

Hampir sejam jugak la aku meneman member aku ni shopping, pastu aku nampak muka dia murung je..Aku syak mesti dia dah lapar nie, sebab tu muka dia macam tu..Aku pun tanya kat dia:

"Naze anata wa kono desu ka?"

aku ni memang suka speaking jepun, dah terbiasa la katakan. Tapi member aku ni, lebih selesa cakap bahasa melayu, walaupun dia lagi fasih berbahasa Jepun.

"Baju Liverpool baru kat sini mahal gila, beli kat mesia je lah camnie..." balas member aku.

"kau tak lapar ke? aku dah lapar la weh, jom ar makan" sambung dia.

"Watashi ga shi ta sudeni bitto wa, kufuku, shokuji sa sate" aku balas.

Pendekkan cerita, kami pun pergilah makan kat Tas Yard Cafe kat area Harajuku ni juga. Kat sini jual roti-roti jer, ok la tu buat alas perut. Kang sampai rumah baru leh melantak meggi puas puas ahhaha....Sambil makan kami berborak la, dari hal sosio ekonomi, sains sukan, politik dan poligami sehingga ke bab diet =p. Suasana kedai itu agak bising kerana ketika itu siaran ulangan antara Jepun dan Netherland sedang ditayangkan di screen besar.

Tas Yard Cafe


Sedang asyik berborak sambil meonton siaran piala dunia, tiba-tiba member aku ni bertanye sesuatu kat aku:

"mir, apsl aku tengok ko ni dah 3 bulan tak shopping, kurang makan... ko takde duit ke? takkan gaji ko tak cukup kot?"

"hmm, bukan lah...baju seluar aku kan semua ade lagi..watpe nk bazir bazir..bab makan tu ko pun tau kan yang aku ni jarang makan." jawabku selamba. (aku da mls nk gne google translate tukar bahasa Jepun :p)

"alah dulu ko tak macam ni pon, baik ko cakap betul-betul..kalau takde duit, leh pinjam duit aku dulu.."

Aku menghirup Mountain Dew perlahan lahan..Lama baru aku jawab soalan member aku tadi..

"Bukan takde duet la, sebenarnya aku............hmm"Kata-kata mati disitu.

"apsal weh?" Kesyi mendesak sambil menggoncangkan badan aku

Tiba tiba, keadaan mejadi kelam...kaburr...dan sugull


*********************************************

Suasana kedai makan di Harajuku tadi bertukar sepenuhnya menjadi kedai mamak area Puncak Jalil..Air Mountain Dew yang aku hirup tadi bertukar menjadi Neslo Ais kurang manis, dan Sandwich yang aku makan tadi bertukar menjadi Char Kuey Tiaw udang lebih...Aku pening....

"GOLLLLLLL!!!!!!!!!!" Jeritan Caki sempana jaringan keempat pasukan Germany ke atas England telah buat aku betul-betul tersedar...Rupanya aku mengelamun sehingga aku tidak perasaan caki dah order Megi goreng selepas melantak char kuey tiaw.

"Weh, order ar makan agi, takkan makan satu pinggan da kenyang kot? ko tengok nie, dah dua pinggan steady jer...." caki berseloroh..

Sepi sebentar..Aku biarkan sahabatku tu berbicara sendiri.

"Weh, ko kumpul duet dalam RM10,000, bulan 9 kite gerak gi jepun amacam? aku dengar char kuey tiaw kat sana lagi masyukk dowh... besok aku gi usha tiket air asia." tiba-tiba aku bersuara..

Caki tak layan ape yang aku cakap sambil meneruskan makan makanannya dengan lahap. Mungkin baginya aku bergurau..


JEPUN, tunggu!!!!aku pasti datang!!!!!!!






Tanda Soal?



~Tanya pun salah, tak tanya lagi la salah~

Surat exclusive khas untuk para isteri dan teman wanita menjelang Piala Dunia 2010



Ke hadapan,

Isteriku / Buah hatiku/ Teman wanitaku yang dikasihi,

1. Dari tarikh 11 Jun – 11 Julai 2010, sayang perlu membaca bahagian sukan dalam mana-mana akhbar supaya sayang akan sedar tentang hal ehwal yang berkaitan dengan Dunia Bola Sepak, dan supaya sayang boleh mencelah di dalam mana-mana perbualan. Jika sayang gagal lakukannya, sayang akan dipandang semacam jer dan tidak akan diendahkan langsung. JANGAN komplen jika sayang tak mendapat perhatian secukupnya.

2. Semasa berlangsungnya Piala Dunia, tv akan menjadi milik abang sepenuh masa, tanpa ada pengecualian. Jika sayang (walau sedikitpun) menjeling pada ‘remote control’, berjaga-jagalah kerana sayang akan menerima balasannya.

3. Jika sayang perlu berjalan di depan tv semasa perlawanan tengah berlangsung, abang tak kisah … selagi sayang merangkak di atas lantai tanpa mengeluarkan walau sedikit bunyi pun dan jangan mengganggu tumpuan abang.

4. Semasa perlawanan berlangsung, abang akan jadi buta, pekak dan bisu, kecuali jika abang mahukan air atau sesuatu untuk dimakan. Jangan harap abang akan mendengar kata-kata sayang, jawab telefon, menyidai baju atau mengambil baby kita yang sedang bergolek di atas lantai kerana… ia TAK AKAN berlaku.

5. Abang akan sangat2 berterima kasih jika sayang dapat menyimpan bermacam-macam makanan di dalam peti sejuk pada setiap masa supaya abang dapat kunyah semasa menonton perlawanan nanti. Sebagai balasannya, sayang akan dibenarkan menonton tv di antara jam 12 pagi hingga 6 pagi, melainkan jika perlawanan yang abang ter’lepas’ ditayangkan semula pada waktu tersebut.

6. Tolong, tolong dan tolong! Jika sayang nampak abang sedih kerana pasukan favourite abang kalah, JANGANsekali-kali mengatakan, “ia hanyalah perlawanan, janganlah emosional sangat abang nie,” ataupun, “jangan risau la bang, mereka akan menang lain kali”. Jika sayang menyebutnya jugak, abang akan menjadi bertambah berang dan cinta abang pada sayang akan pudar. Ingatlah bahawa sayang tak akan tahu pasal bola sepak nie lebih banyak dari abang, oleh itu kata-kata ‘galakan’ sayang itu hanya akan menyebabkan rumahtangga kita berantakan.

7. Sayang dialu-alukan untuk duduk bersama-sama dengan abang untuk menonton satu perlawanan bola dan sayang bolehlah bercakap dengan abang semasa ‘half-time’ TETAPI hanya bila iklan disiarkan, dan HANYA jika keputusan separuh masa itu menggembirakan hati abang. Sebagai tambahan, abang hanya kata SATU game saje, so jangan pulak sayang silap faham dan menganggap Piala Dunia nie satu alasan untuk kita ‘meluangkan masa bersama-sama”.

8. Siaran ulangan semasa menyumbat gol adalah SANGAT penting. Abang tak kisah jika abang dah tengok atau belum tengok lagi perlawanan tersebut, yang PENTINGnya abang nak tengok banyak –banyak kali.

9. Cakap kat kawan-kawan sayang supaya jangan melangsungkan apa-apa kenduri atau majlis yang memerlukan kehadiran abang kerana :

a) Abang tak akan pergi,

b) Abang tak akan pergi, dan

c) Abang tak akan pergi.

10. Tapi jika ada kawan abang mengajak kita ke rumahnya untuk menonton perlawanan bola, kita akan pergi secepat kilat!

11. Sorotan harian Piala Dunia yang ditayangkan di tv pada setiap malam adalah sama pentingnya dengan perlawanan yang dimainkan. Jangan sekali-kali terfikir untuk kata, “tapi abang kan dah tengok yang ini … apa kata abang tukar ‘channel’ supaya kita semua boleh tengok siaran lain?” kerana untuk jawapannya “sila refer item no.2 dalam list nie”

12. Dan akhir sekali, tolong jangan sebut ungkapan seperti “Nasib baik Piala Dunia nie hanya 4 tahun sekali”. Abang sudah imun dengan kata-kata itu kerana sebelum dan selepas Piala Dunia, akan muncul pulak Champions League, Premier Leagur, Italian League, Spanish League, KPL, FA Cup, Euro Cup, dll….hehe

P/S

Dan satu lagi, jika kereta ayang rosak di mana-mana jalan, tolong call Polis atau khidmat trak tunda yer.

Terima kasih atas kerjasama sayang.


ihsan :: http://setelkahwin.com/blog/surat-exclusive-khas-untuk-para-isteri-dan-teman-wanita-menjelang-piala-dunia-2010/