Akujanji



Sesi pendaftaran untuk pelajar tahun akhir bermula biasa biasa sahaja pagi tadi. Aku dan Hadi bertemujanji di parking lot depan Astro. Kami sampai ke kolej awal sedikit daripada Zuhir yang biasanya datang tepat pada waktu. Tapi kali ni dia terlewat, servis kereta atau sedang potong rumput di halaman rumahnya barangkali. Aku menunggu di 'foyer' di mana tempat para pelajar foreigner lepak menghabiskan masa dengan bermain catur dan psp. 15 minit menunggu, Zuhir sampai dan kami terus daftar di meja pendaftaran yang terletak betul betul tepi tangga. Fail yang sarat dengan informasi aku ambil dan baca sementara menunggu tentatif seterusnya iaitu 'administration briefing' di tingkat atas (kene naik lif). Zuhir awal awal lagi bagitahu yang dia tak nak ikut sesi yang telah direncanakan oleh pihak kolej, kerana 'ada kerja' katanya. Zuhir memang sentiasa sibuk, semua sudah sedia maklum. Mungkin nak berlatih menjaringkan gol sempena futsal esok di Sport Planet Ampang.


"Jumaat ni aku nak score 8 bijik!" Aku teringat kata kata zuhir ketika aku membelasah team dia 5-1 waktu main PES tempoh hari.

**Tamat pasal Zuhir**

Taklimat yang diberi oleh pegawai admin lansung aku tak hiraukan. Aku lebih menumpukan perhatian kepada buku yang diberi pinjam oleh kawan aku. Kronologi Sinkronik sebuah buku blog hasil karya saudara Firol memang buat aku tak mengantuk. Sejam berlalu, tukang beri taklimat dah bertukar dengan seorang lagi pegawai admin yang lebih serius. Taklimat kali ni diselitkan sedikit dengan info pasal  FYP (Final Year Project) yang bakal aku harungi dalam masa terdekat ni. Buku blog yang aku baca tadi aku tutup dan simpan dalam beg, zip laju laju. Semangat untuk belajar tiba tiba datang menyerang. Aku mendengar setiap perkataan yang keluar dari pegawai admin tu dengan penuh khusyuk dan berminat. 

Buat kali ke berapa ratusnya aku berikrar dalam hati:

"Aku nak start wat assignment awal semester ni !!!!!" 

Lima belas minit kemudian, aku mengantuk. Aku tarik balik zip beg aku. Taklimat yang diberi oleh pegawai admin lansung aku tak hiraukan. Aku lebih menumpukan perhatian kepada buku yang diberi pinjam oleh kawan aku. Kronologi Sinkronik sebuah buku blog hasil karya saudara Firol memang buat aku tak mengantuk.



Kelas 3 Bistari


"Amir Amri!! nah ambil balik kertas exam kamu nie" panggil cikgu aku dengan nada mendatar.

Perasaan mula huru hara, macam nak masuk bilik doktor bersunat je rasanya. Aku melangkah ke depan dengan pantas lalu mengambil kertas exam aku tanpa melihat markah yang aku dapat. Aku duduk balik kat tempat asalku bersebelahan Mohd Hafiz rakan yang selalu teman aku melantak masa matematik kat kantin. Aku tengok reaksi wajah Mohd Hafiz selamba, takde reaksi gembira ataupun berduka. Masa ni baru aku nak doa kat tuhan banyak-banyak supaya aku dapat markah tinggi, tapi sembahyang tak jugak. Macam setan punye perangai. Aku mula tengok markah aku perlahan lahan dengan sebelah mata.

Angka pertama aku nampak adalah 1 lepas tu 0. Otak aku dah terbayang kene rotan dengan ayah, gulp!! Memang aku kene taruk buku siap-siap lapik punggung aku, kalau tak azab dia perghhh.....Tapi aku tak cepat melatah, aku selak helaian demi helaian kertas exam tue.

"eh..cikgu ni tanda kertas aku sume betol, apsal dapat 10 je?" aku berdialog sendiri.

Mohd Hafiz dah mula gelak gelak sombong kat aku sebab aku dapat 10 peratus je untuk kertas Bahasa Melayu. Aku buat tak tau, aku jumpa balik cikgu, aku protes...Lima minit kemudian aku balik ke tempat asal aku dengan senyum lebar. Cikgu Mas Ayu lupa nak tambah satu lagi angka 0 kat kertas exam aku, kesimpulannya aku dapat 100 peratus..Aku mula senyum senyum kambing, aku rasa macam nak heboh sampai kelas sebelah. Kalau ada kemampuan sampai sekolah area zon pudu pon aku nak heboh..Berdasarkan 'face reaction' kawan kawan aku yang lain, aku yakin aku seorang sahaja yang dapat markah penuh.

Setan mula naik kepala, aku nak buat buat tanya kat semua orang berapa markah diorang untuk kertas BM nie. Nanti mesti diorang tanya aku balik, masa tu baru lah aku leh senyum lebar macam joker...Sebelum aku sempat nak tanya Mohd Hafiz berapa markah dia, cikgu aku bersuara.

"Tahniah kepada.............." Aku dah mula nak kembang sorang sorang.

"Tahniah kepada semua pelajar kerana dapat markah 100%"

Aku terlupa sebelum jawab exam dulu cikgu ade pesan, yang cikgu aku tersalah print soalan budak darjah satu punya..Dan soalan sebenar akan diedarkan minggu depan...ciss!!!



aduh!


Semalam aku ber-chatting dengan cik kekasih guna ym. Banyak kami bualkan, bermacam info yang masuk kepala aku nie. Sedar sedar dah hampir jam 12 malam, cik kekasih pun nak tidur.Dia memang selalu tidur awal. Orang kerajaan tidur mesti kene cukup, prestasi kene jaga, kualiti kene berganda, baru boleh maju dan berjaya..Lagipun bekerja untuk rakyat nie, jangan dibuat main..Besar tanggungjawabnya hee.. 

Sebelum tidur mestilah ada 'wish' untuk membuat tidur lebih lena ye dok? Benda macam ni jangan buat-buat lupa, buruk natijahnya esok hari. Dan waktu tu juga banyak lah nasihat ,pedoman dan arahan yang cik kekasih bagi kat aku. Antaranya sebelum tidur sms dia, baru lah romantik hee..Kalau tak sms sbelum tidur lepas tu bagi alasan tertido memang nahas la jawabnya.

Aku membaca setiap perkataan yang ditaip oleh cik kekasih pada screen PC dengan teliti. Lepas satu satu cik kekasih menasihati aku, tiba tiba dia tidak lagi menaip. Perkataan terakhirnya tergantung begitu saja. Aku masih menanti, menunggu dia menyambung bait bait bicaranya. Mana lah tau, dia tengah karang puisi untuk tatapan aku sebelum tidur ke, layan jugak. Sukar aku nak meramal perbuatan cik kekasih nie. Kadang kadang pening jugak dibuatnya. Lama aku tunggu dia menyambung bicaranya, namun aku hampa. Aku buzz berjuta kali dia buat tak faham. Aku dah jadi huru hara sampai keesokkan harinya..

Tengah hari tadi dia call aku, aku terus bertanya kenapa semalam tiba tiba mendiamkan diri, aku ada buat salah ke? Dengan selambe die jawab

"Saya tertido la wak".

aduh! 




Aku benci Suzi!

Dari jauh aku pandang kuda tu, sebab aku perasan dia dok jeling atas bawah je masa aku sampai tadi..Tiba tiba aku dah berdiri betul-betul kat sebelah kuda yang diberi nama Suzi oleh pihak Pendaftaran Kuda Malaysia (PKM). Rasa macam nak beli sekor tambat kat tapi pagar rumah aku. Senang kalau nak pergi melantak Sany char kuey tiaw, tak payah nak start motor, tak payah isi minyak, tunggang  kuda je dah sampai. Mengikut percakapan bangla yang jaga Suzi ni, ade baby dalam perut dia. Aku pun meraba raba la perut Suzi tu dengan penuh kasih sayang. Suzi suka, aku gembira dan kami bahagia. 


Kebahagian itu tak kekal lama. Saat aku berada di belakang kuda tersebut, tidak semena mena kaki kanan Suzi yang jinak itu telah melakukan satu tendangan padu tepat di peha kanan aku. Aku pandang Suzi tak puas hati, dibalas dengan pandangan selambe beserta senyuman sinis dari Suzi..Muka aku merah tahan sakit, tapi aku cool buat macam tak takde apa apa yang berlaku..Perasaan dendam mula menyelubungi diri.. Tapi aku batalkan niat aku untuk balas dendam. Sebab tidak jauh dari tempat aku berdiri ada 4-5 ekor kuda lain tengah pandang pandang aku daring. 

"Takpe, ni tempat kau..kau datang tempat aku,siap kau aku buat gulai kuda!!" getus hatiku yang penuh amarah..

hari ini~semalam~hari ini

*Hari ini*

Tadi aku berbual bersama cik awek dengan menggunakan teknologi Skype. Terubat juga rindu kat hati ni, sebab dah 4 hari tak nampak muka. (ek elehh, baru 4 hari bro!) Kebetulan hari ni juga adalah besday kepada adik cik awek aku yang ke 16. Muda lagi budak tu, kalau korang ade niat nak try mengorat sila tinggalkan no ic kat bahagian komen eh..Muke boleh tahan comel macam akak dia, warna kulit pun macam akak dia, cara cakap pun macam akak dia yang beza pun mungkin perangai dan umur..satu lagi, akak dia pandai masak, adik die kuali pun tak tahu..kadang kadang aku kompius jugak yang mane satu akak dan yang mane satu adik nie, tapi naluri lelaki aku sentiasa betul..Setakat ni tak silap masuk bilik lagi lah :D.

Nak dijadikan cerita, tadi aku nampak la sesi memberi hadiah kepada si adik daripada si akak. Perghh, baru 16 tahun dah dapat hadiah henfon..Gila gempak budak zaman sekarang nie. Masa cik awek bagi hadiah kat adik dia tue, aku dah bayangkan bestnya kalau time besday aku nanti cik awek buat suprise masuk minang aku...Takde lah aku nk kua duet buat hantaran hahaha..


*Semalam*


Tengah aku layan fesbuk tetiba kawan aku buzz atau kata lain nya ym aku.

"buzz"

"Haa apsl mok?" aku tanya dia.

"Woi nangka!! Ko dah kena start kumpul duit skng!" tegas mok.

"Apsl lak? Aku student bai, mane ade duit.."

"Alaa ko kumpul jer skit2, lagi 4 tahun kita gerak gi brazil tgk world cup..Amacam?"

"Errkk...okeh set!"

talian ym diputuskan


*Hari ini*

Mulai semalam aku dah start menabung. Sekarang kat tabung aku dah ade beberapa keping duet 1 sen. Hopefully lagi 4 tahun cukup la perbelanjaan aku ke Rio de Jenario. Duit kawen aku dah xpayah risau, sebab aku harap ape yang aku bayangkan tu jadi kenyataan laa hee...Kalau ade sesape nk follow aku pergi tengok World Cup boleh contact aku..Nanti aku book kan sekali tiket Air Asia pergi sana. Aku dengar, Air Asia ni kalau kita book awal awal dapat murah., ye dok?

Pagi Ini

Hari ni aku bace banyak blog, sume best... Aku rasa nk dekat 5 jam aku mengadap blog blog ntah sape sape punye ntah...Natijah dari aku bace blog blog ni adalah aku da tukarkan baju baru untuk blog aku....

Takde kene mengena?? aah, memang pun..

Hek elehh!!!

Mantrapapa


MANTRA

Filem seram ini mengangkat kisah penggunaan ilmu hitam kerana dendam dan kepentingan diri sendiri. Kisah bermula dengan pembukaan cerita di kawasan perkuburan di mana Muzir dianiaya oleh Hasbi demi melengkapkan ilmu hitam serta mendapatkan isteri Muzir. Akibatnya Muzir dipenjarakan seumur hidup.

Di dalam penjara, Muzir berjaya mendapatkan ilmu hitam daripada Embah yang bakal menemui ajalnya. Namun, ilmu Muzir tidak sempurna kerana bilik penjaranya dikunci dengan ayat-ayat serta kalimah Allah. Lalu muncullah Pak Long, seorang warden penjara dan juga Pakcik kepada Muzir yang isterinya ditimpa musibah. Akibat cintakan isteri dan terdesak, Hafif telah bersetuju dengan syarat-syarat Muzir iaitu memadam ayat dan kalimah Allah di sekitar bilik penjara Muzir, menghidangkan tiga jenis hidangan untuk penjaga ilmu hitam dan mengambil tali pengikat pocong wanita yang mati kerana anak sulung menggunakan gigi.

Setelah ayat dan kalimah Allah berjaya dipadam oleh Pak Long, maka berlakulah perubahan ilmu Muzir dengan air yang melimpah di dalam bilik penjara serta bayangan makhluk hitam yang memenuhi dinding penjara. Serentak dengan itu, Muzir muncul di dalam sebuah paya lalu melakukan pembunuhan sebagai makanan kepada ilmu hitam miliknya. Maka bermulalah pembalasan dendam kesumat Muzir terhadap Hasbi.



Ulasan aku...

Ya..Cerita ni memang best. Tapi hakikatnya main PES2010 sembilan puluh sembilan kali lagi best lah!!!!!

Jadi, siapa berani lawan PES ngn aku??? Siapa????

erkk, tapi bia aku leading 5-0 dulu la eh...

Aku lapar lah!



Duit dalam wallet dah takde, check2 account kat cimbclicks pon dah macam boleh deactivate account jer. Kalau ade 200 orang customer macam aku, mau bankrupt agaknya Cimb tue. Yelah, macam mana nak balik modal kalau kt dalam account ade RM15.98 jer haha..

Sejak dua bulan cuti ni, macam macam aku beli. Dari cannon 550D hingga lah ke iphone 4g. Tak cukup dengan tue, ipod, ipad, imac sume aku balun. Boleh kaya Steve Job kalau aku asik borong barang Apple ni tanpa henti. Tapi oleh sebab kan semua benda tue, aku dah takde duit. Tiba-tiba aku teringat nak buat satu rancangan rompak bank negara Britain. Untuk permulaan, mudah je. Kita pakat ramai ramai tengok cerita Ocean's 11 macam aku tengah buat sekarang, pastu kita aplikasikan nya untuk memenuhi cita cita kita. Senang kan?


hurmm, sape nk follow?

ps:sorry xde kene mengena ngn tajuk hihi


ni la bank yang bakal kita rompak :D

Kisah Penimbang Berat



Bangun pagi tadi terus msg si jantung hati..Selang beberapa minit si jantung hati call, berborak la dengan suara serak-serak basah ala Ramli Sarip Bapa Rock Malaysia. Bermacam topik dibincangkan, dari bab malam tadi wat apa, sampai lah tidur tadi mimpi apa.Yeah, kami memang begini setiap pagi, romantik kan? :p

Selesai melepaskan rindu di telefon, aku bangun mandi dan persiapkan diri. Katil macam biasa kemas, bantal disusun cantik, baju kotor aku campak dalam mesin basuh, pastu taruk sabun, then pusing sampai no 15.. Aku on PC untuk menyambung mendownload torrent aku..Tina yuzuki punye cerita ade lagi 40% untuk siap ahhaha...

Selepas semua kerja mengemas di dalam bilik aku siapkan, aku turun ke dapur untuk mencari makanan. Bangun tidur mesti la lapar ye dak? Nasib aku baik, menu makanan hari ni adalah nasi goreng, dan ada pulak lauk faveret aku iaitu ketam sambal..Perghh memang tak boleh di lepaskan. Tanpa membuang masa, aku taruk nasi dalam pinggan, amik dua ketul ketam.. Pastu terus makan kat depan tv sambil tengok man vs wild di saluran discovery chanel 551.

Tengah khusyuk aku menikmati hidangan tengah hari tu, tiba tiba mata aku terpandang penimbang berat yang terletak di sudut ruangan rumah aku tu. Aku tersentap dan berhenti melahap. Raut wajahku berkerut kerana memikirkan sesuatu. Rasa kesal mula menyelubungi diri. Berulang kali aku memandang nasi dan lauk yang berada di atas pinggan ni. Hurmmm, aku mengeluh panjang... Dan 45 saat kemudian, aku sambung makan sambil tengok man vs wild di saluran discovery chanel 551 tanpa melihat penimbang berat tu lagi...


ini memang berat aku sekarang