keFakrian


Sesampai kedai mamak, aku order nescafe ais. Kuih dua jenis aku ambik susun kemas atas piring. Astro Supersport dan Aplikasi WhatsApp menjadi peneman aku dan Astro menyiarkan perlawanan EPL lama yang membabitkan Big Four, ketika era Van Nistelrooy, Bergkamp, Henry, Zola, Fowler dan Owen. Kagum aku melihat kelincahan mereka. Seperti yang kita tahu, tugas seorang penyerang adalah menjaringkan gol, tidak kira lah gol anak abu pun yang penting gol. Tapi gol Fakri masa lawan Myanmar tu kita tolak tepi.

************************************
15 tahun dulu, aku kurang mahir tentang arena kebolasepakan. yang aku kenal, Beckham dan Ronaldo gemok. Apa yang aku dengar itu lah aku percaya. Yus ni sepupu aku. Setahun lebih tua dari aku, jadi apa yang dia cakap bagi aku semua betul. Bermulalahh episod bangang dalam sejarah peminat bola sepak dunia.

Yus: "Kau tahu kenapa Beckham jarang nak rembat dari jauh?"
Aku: "haa kenapa?"
Yus: "Alex Feguson dah warning kat dia, jangan rembat dari jauh sebab tugas pemain tengah ni hantar bola kat penyerang je. "
Aku: "Kalau dia rembat jugak, apa jadi?"
Yus: "Kalau dia rembat jugak, kena potong gaji..Lagipun kalau die rembat confirm gol, dan penyerang takde harapan la nak score!"


Sampai aku masuk tingkatan 5 baru aku tau yang aku dah kena tipu.

*Ingat, dendam gua dengan lu tak habis lagi..sepupu tak sepupu.

k.a.p.i.t.a.l.i.s.



Harini tepat jam 6 petang aku keluar dari pejabat. Niat di hati ingin menghirup udara petang dan pekena secawan Nescafe di kedai Mamak berhampiran. Waktu rehat harus dimanfaatkan sepenuhnya, kalau sejam diberi, sejamlah kita ambil. Orang Cina tak suka pekerjanya curi masa. Bak kata boss, we pay every minute of your time. So be sharp! Kadang kadang terasa bangang sebab bekerja atas arahan orang yang lain budaya dan bangsa. Maki, caci, bodoh, bangang menjadi perkara biasa dalam dunia mereka. Yang mereka tahu, PROFIT! noktah. Tapi, dalam diam aku dapat melatih diri lebih disiplin, menepati masa dan menghargai masa. Cewahh.. Dah banyak duit mereka aku dapat. Pejam celik dah nak masuk 6 bulan aku kat syarikat kedekut ni.

Kalau kerja gomen, masuk jam 8.30 pagi balik jam 5.30 petang. Tolak sarapan, makan tengah hari, minum petang,rehat, gosip, facebook, twitter tinggal setengah jam jer yang betul betul kita kerja. Depan bos, amboi bukan main.

Dipendekkan cerita,17 haribulan November ni aku sekali lagi dipanggil untuk menghadiri peperiksaan untuk jawatan Pegawai Anti Dadah Gred 41. Kalau dapat, perghh!! Jadi drug dealer!

Err siapa yang tak suka kerja setengah jam sehari ye dop? Ha Ha Ha.

*sebenarnya, bukan aku nak sangat pun, mak aku je beria. Haish..Sebagai anak, aku turutkan je lah ye dop. Kang kalau dia dah tak nak buat lempeng, ACANER?