Hari kedua pada bulan Mei 2012


Nak dijadikan cerita, pagi tadi aku terjaga tidur awal dari biasa. Aku angkat talipon tengok jam, baru pukul 5.30 pagi. Aiseh...... Ni bala. Mengikut kiraan tolak campur, baru masuk 2 jam waktu solid aku tido. Dan mengikut pengalaman pula, kalau terjaga waktu macam ni memang payah aku nak tido balik. Lama jugak aku berlakon buat buat tido untuk tertido. Tapi kali ni, skill ini tak menjadi. Aku akur.

Aku bangun, tekan suis kompiter dekat sebelah katil bawah meja. Sambil tunggu kompiter ni warm up dan masuk windows, sempat aku jeling ke luar rumah. Gelap dan sunyi. Bila kompiter aku dah sedia untuk beroperasi, aku cari lagu 'bawaku pergi' nyanyian zizan dan kaka untuk menghidupkan suasana pagi. Sedap lagu ni, sampai sekarang aku tak faham kenapa kerajaan banned lagu sedap macam ni. Bangang tak habis habis. Banyak benda sebenarnya aku tak puas hati kalau nak cakap pasal kerajaan ni, tapi aku cakap belakang je lah kah kah kah. 

Lambang google chrome aku tekan laju laju. Laman web my.yahoo, facebook, twitter, youtube dan gmail terbuka dengan automatik. Tak ada benda yang menarik untuk dibaca dan dikomen, kecuali pasal Liverpool kalah dengan Fulham. Hehehe, sama bangang macam kerajaan. Aku tutup browser, lagu dari kumpulan The Used pula kedengaran di corong speaker. Sambil melayan lagu, datang akal untuk berjogging sekeliling taman. Sambil menghirup udara segar, boleh juga buat hilang lemak sekilo dua.

Selepas menunaikan solat subuh, jam menunjukkan pukul 6.45 pagi. Aku persiapkan diri. Track suit dan jersey Germany disarung, baju sejuk dicapai, stokin aku ambil dalam robok sebelah meja cermin. Semangat macam ni bukan senang nak dapat, setahun sekali belum tentu. Aku buka pintu bilik, turun tangga satu satu tanpa gelojoh. Sampai tingkat bawah, aku tengok lampu dekat bahagian dapur dah terbuka. Aku syak mama tengah kemas dapur, dan aku terus bertanya.

"Mak buat ape tu?" tanya aku dengan ingin tahu. 

"Nak buat nasi goreng dengan lempeng ni haaa" jawab mama selamba.

"Hurmmmm.......... Besok je lah aku jogging." bisik hati kecil Amir Amri.