keFakrian


Sesampai kedai mamak, aku order nescafe ais. Kuih dua jenis aku ambik susun kemas atas piring. Astro Supersport dan Aplikasi WhatsApp menjadi peneman aku dan Astro menyiarkan perlawanan EPL lama yang membabitkan Big Four, ketika era Van Nistelrooy, Bergkamp, Henry, Zola, Fowler dan Owen. Kagum aku melihat kelincahan mereka. Seperti yang kita tahu, tugas seorang penyerang adalah menjaringkan gol, tidak kira lah gol anak abu pun yang penting gol. Tapi gol Fakri masa lawan Myanmar tu kita tolak tepi.

************************************
15 tahun dulu, aku kurang mahir tentang arena kebolasepakan. yang aku kenal, Beckham dan Ronaldo gemok. Apa yang aku dengar itu lah aku percaya. Yus ni sepupu aku. Setahun lebih tua dari aku, jadi apa yang dia cakap bagi aku semua betul. Bermulalahh episod bangang dalam sejarah peminat bola sepak dunia.

Yus: "Kau tahu kenapa Beckham jarang nak rembat dari jauh?"
Aku: "haa kenapa?"
Yus: "Alex Feguson dah warning kat dia, jangan rembat dari jauh sebab tugas pemain tengah ni hantar bola kat penyerang je. "
Aku: "Kalau dia rembat jugak, apa jadi?"
Yus: "Kalau dia rembat jugak, kena potong gaji..Lagipun kalau die rembat confirm gol, dan penyerang takde harapan la nak score!"


Sampai aku masuk tingkatan 5 baru aku tau yang aku dah kena tipu.

*Ingat, dendam gua dengan lu tak habis lagi..sepupu tak sepupu.

k.a.p.i.t.a.l.i.s.



Harini tepat jam 6 petang aku keluar dari pejabat. Niat di hati ingin menghirup udara petang dan pekena secawan Nescafe di kedai Mamak berhampiran. Waktu rehat harus dimanfaatkan sepenuhnya, kalau sejam diberi, sejamlah kita ambil. Orang Cina tak suka pekerjanya curi masa. Bak kata boss, we pay every minute of your time. So be sharp! Kadang kadang terasa bangang sebab bekerja atas arahan orang yang lain budaya dan bangsa. Maki, caci, bodoh, bangang menjadi perkara biasa dalam dunia mereka. Yang mereka tahu, PROFIT! noktah. Tapi, dalam diam aku dapat melatih diri lebih disiplin, menepati masa dan menghargai masa. Cewahh.. Dah banyak duit mereka aku dapat. Pejam celik dah nak masuk 6 bulan aku kat syarikat kedekut ni.

Kalau kerja gomen, masuk jam 8.30 pagi balik jam 5.30 petang. Tolak sarapan, makan tengah hari, minum petang,rehat, gosip, facebook, twitter tinggal setengah jam jer yang betul betul kita kerja. Depan bos, amboi bukan main.

Dipendekkan cerita,17 haribulan November ni aku sekali lagi dipanggil untuk menghadiri peperiksaan untuk jawatan Pegawai Anti Dadah Gred 41. Kalau dapat, perghh!! Jadi drug dealer!

Err siapa yang tak suka kerja setengah jam sehari ye dop? Ha Ha Ha.

*sebenarnya, bukan aku nak sangat pun, mak aku je beria. Haish..Sebagai anak, aku turutkan je lah ye dop. Kang kalau dia dah tak nak buat lempeng, ACANER?





Kerja hanya sementara, Akhirat kekal selamanya


"Segala persiapan sebelum berlansungnya batch harus dilaksana segera. Folder Output harus dikosongkan, manakala Folder Input pula harus diteliti dengan rapi, tanpa diskriminasi. Kesilapan kecil boleh mengundang padah yang teramat dasyatnya disekalian alam. Semua report harus di Backup sebelum di buang terus kedalam tong sampah server."

Aku masuk ke pejabat seperti biasa tepat jam 4 petang. Ramai programmer mundar mandir dalam pejabat, ingin buang masa agaknya. Aku duduk di ruangan sendiri. Seperti biasa bagi menipu pihak lawan aku pun buka email pejabat, tengok apa yang patut. Disebalik email pejabat, aku login fesbuk, twitter, youtube dan gmail. Tepat jam 5 petang, Email Kanoakporn (tak tahu lelaki ke perempuan budak ni) dari Thanachart Bank Thailand singgah dalam peti simpanan email Silverlake. Aku bukak email tu dengan sopan.

" Please run 1 batch, 14 Aug 2015 in the UAT environment. After this batch finish, the system date will be 15 Aug 2015."

Begitulah kira kira isi kandungnya. Tanpa berlengah, aku terus menghalakan Cursor tetikus aku ke lambang Remote Dekstop, dan pilih IP server yang ditetapkan. Satu aplikasi untuk mendelete semua data dalam Out Folder aku tekan.. Zassss, semua file dibuang dengan jayanya. Aku bangga.

Selang beberapa ketika, aku bangun ingin ke pantry untuk membuat Hot Chocolate bak kata orang putih. Tiba tiba rakan sejawat aku bersuara, "mir, kau dah backup Out Folder tadi kan?"

Aku terduduk....Merenung jauh ke dalam console AS400 memikirkan masa depan.



*batch atau batch processing adalah pemprosesan/penyimpanan data secara pukal.

Patung dan Pisau


Dari kecik aku takut dengan benda ni, sampai fobia nak tidur malam. Habis semua yang ada kat bilik aku, aku letak kat bilik kakak aku. Mahu dia datang bawak pisau malam malam merayau dalam rumah, siapa nak tanggung?

Tapi tu 20 tahun lepas, sekarang akud ah berani sikit. Er sikit je.

Fobia itu kembali beberapa tahun kebelakangan ni. Muka dia mirip, amat mirip sekali dengan  fenomena yang pernah melanda zaman anak kecil dulu. Cuma kali ini dia tidak lagi membawa pisau dan merayau malam hari. Mungkin itu strategi terbaru dia. Dia tinggal hanya beberapa kilometer dari kawasan rumah aku, gelisah kembali bermain di dalam sanubari ini. Setiap kali kami terserempak, aku buat buat berani. Melihat gaya dia melahap makanan saling tak tumpah seperti apa yang ditayangkan di TV satu dahulu, rakus, kejam, ganas dan tidak berperikemanusiaan. Cuma yang membezakan  mangsanya dulu dan kini adalah, dulu manusia sekarang ayam goreng.

Aku harap hari mendatang dia akan insaf, dan tidak melakukan keganasan pada sekalian alam.



Late chucky

Kisah hati ibu dan segelas Milo panas


Cuaca dingin mencecah hampir 9 darjah celcius membuatkan semua orang dalam rumah batu agam ini berselubung dengan baju tebal. Yang tinggal dirumah hanya aku, Aunty dan anak dara beliau Sofia. Ayah aku dan Uncle (bapa Sofia) keluar ke Pasar Mirabuka mencari makanan untuk santapan malam.

Aku ke dapur ingin membancuh air, Aunty sedang menyediakan alatan memasak juga di dapur manakala Sofia sedang berehat agaknya di dalam kamar.

Peket Milo instant 3in1 diambil dan dicurah dalam gelas. Air panas di masukkan dan aroma Milo dari Malaysia ini memenuhi segenap ruang di dalam rumah bernombor 88 beralamat Marangaroo Australia.

"Am, Aunty nak tanya sikit boleh tak?" Aunty memulakan bicara.

"Am ada GF? best friend?"

Aku senyap, cuba meneka apa sebenarnya intipati yang cuba di bincangkan. Aku terus membancuh air milo tadi dengan senyuman bagi membalas pertanyaannya.

"Aunty nak nasihat sikit ni, kalau cari best friend atau girlfriend carilah yang kuat ibadat, beriman, tak tinggal solat. Sebab yang membezakan kita dengan orang kafir ni solat je...bla..bla..bla..bla.."

Aku terus senyum dan mengiyakan sahaja percakapannya sambil menghirup milo panas.

Selesai mengemas dapur, Aunty bersiap untuk masuk ke biliknya. Sempat dia menoleh dan bertanya "Am nak jadi anak Aunty?" lalu terus berlalu meninggalkan aku di dapur.


Errr....


Ini dapur di rumah sementara kami.