KPJ Ampang Puteri


Ini entah ke berapa banyak kali aku teman Nad untuk rutin bulanannya di sini. Permintaan untuk berjumpa dengan doktor pakar Dr. Marsita ni aku perati memang tinggi. Jadualnya pula hanya pada hari Selasa setiap minggu. Tiada hari lain yang dia available, mungkin kerana ada tanggungjawab lain yang perlu di laksanakannya. Klinik dibuka pada jam 8.30 pagi untuk pendaftaran dan doktor akan datang menjenguk bermula jam 10 pagi sehingga 1 petang, kadang kala sampai ke lewat petang.

Hari ini tidak macam hari kebiasaan, aku dan Nad datang lebih awal untuk mendapatkan nombor giliran. Kami bergerak dari rumah tepat jam 7 pagi dan sampai kira kira 40 minit kemudian. Sampai di klinik, sudah ada yang menunggu di depan pintu walaupun lampu pun masih belum dibuka. Entah pukul berapa la diorang ni sampai. Takkan tak sarapan nasi lemak dulu kot? 

Kedatangan kami kali ni lebih bersedia, laptop, charger phone, buku, makanan ringan semua aku dah siapkan dalam beg. Tak adalah masa aku terbuang dengan melihat nurse praktikal lalu lalang sini sana nanti. Bukan apa, dah banyak kesan cubit melekat dekat tangan dengan peha aku sebab benda jadi pemerhati nurse ni. Ini merupakan langkah terbaik untuk mengurangkan kesan penderaan di badan. Sekurang kurangnya, dengan menaip di laptop atau membaca buku puisi ketika menunggu ni nampak macam lelaki berwawasan sikit. 

Ini dah masuk 3 jam menunggu, pesakit makin ramai, nurse makin sibuk. Ada yang lalu lalang bawa fail kosong. Ada yang tak renggang dari pegang telefon untuk jawab panggilan. Tak kurang juga ada yang asyik 'look around' dengan menggunakan aplikasi bangang wechat. Siapa punya idea la look around ni, geram betul aku. Pesakit juga tidak kurang sibuknya, Ada yang tidur, ada yang main game, ada juga yang cuba beramah mesra dengan pesakit lain dengan bergosip tentang Che Ta yang dikatakan terasa hati dengan Edry menjadi punca dia menarik diri dari menjadi juri tetap Akademi Fantasia 2015. Macam macam hal.

Kos untuk mendapatkan rawatan di Ampang Puteri ni agak mahal. Masa ni la aku boleh bersyukur sebab insurance Nad cover untuk pregnancy dan checkup yang related dengan pregnancy Kalau tak, jangan harap la aku nak merasa pergi hospital pakar ni. Ada wifi, tempat menunggu selesa, nurse pun ramai dan cantik ramah belaka. Untuk satu sesi consultation, klinik akan charge dalam RM150 ke RM300 termasuk ubat. Ko bayangkan kalau ada 20 orang setiap hari, darab pulak dengan 20 hari paling cikai. Itu belum masuk kalau ada operation, standby, OT, elaun makan minum, elaun keraian, elaun telefon, elaun kereta dan minyak. Entah berapa la gaji doktor ni, hmmm..


Tiba tiba aku teringin nak jadi gynae......





seriously bruh?



0 saman: