Patung dan Pisau


Dari kecik aku takut dengan benda ni, sampai fobia nak tidur malam. Habis semua yang ada kat bilik aku, aku letak kat bilik kakak aku. Mahu dia datang bawak pisau malam malam merayau dalam rumah, siapa nak tanggung?

Tapi tu 20 tahun lepas, sekarang akud ah berani sikit. Er sikit je.

Fobia itu kembali beberapa tahun kebelakangan ni. Muka dia mirip, amat mirip sekali dengan  fenomena yang pernah melanda zaman anak kecil dulu. Cuma kali ini dia tidak lagi membawa pisau dan merayau malam hari. Mungkin itu strategi terbaru dia. Dia tinggal hanya beberapa kilometer dari kawasan rumah aku, gelisah kembali bermain di dalam sanubari ini. Setiap kali kami terserempak, aku buat buat berani. Melihat gaya dia melahap makanan saling tak tumpah seperti apa yang ditayangkan di TV satu dahulu, rakus, kejam, ganas dan tidak berperikemanusiaan. Cuma yang membezakan  mangsanya dulu dan kini adalah, dulu manusia sekarang ayam goreng.

Aku harap hari mendatang dia akan insaf, dan tidak melakukan keganasan pada sekalian alam.



Late chucky

Kisah hati ibu dan segelas Milo panas


Cuaca dingin mencecah hampir 9 darjah celcius membuatkan semua orang dalam rumah batu agam ini berselubung dengan baju tebal. Yang tinggal dirumah hanya aku, Aunty dan anak dara beliau Sofia. Ayah aku dan Uncle (bapa Sofia) keluar ke Pasar Mirabuka mencari makanan untuk santapan malam.

Aku ke dapur ingin membancuh air, Aunty sedang menyediakan alatan memasak juga di dapur manakala Sofia sedang berehat agaknya di dalam kamar.

Peket Milo instant 3in1 diambil dan dicurah dalam gelas. Air panas di masukkan dan aroma Milo dari Malaysia ini memenuhi segenap ruang di dalam rumah bernombor 88 beralamat Marangaroo Australia.

"Am, Aunty nak tanya sikit boleh tak?" Aunty memulakan bicara.

"Am ada GF? best friend?"

Aku senyap, cuba meneka apa sebenarnya intipati yang cuba di bincangkan. Aku terus membancuh air milo tadi dengan senyuman bagi membalas pertanyaannya.

"Aunty nak nasihat sikit ni, kalau cari best friend atau girlfriend carilah yang kuat ibadat, beriman, tak tinggal solat. Sebab yang membezakan kita dengan orang kafir ni solat je...bla..bla..bla..bla.."

Aku terus senyum dan mengiyakan sahaja percakapannya sambil menghirup milo panas.

Selesai mengemas dapur, Aunty bersiap untuk masuk ke biliknya. Sempat dia menoleh dan bertanya "Am nak jadi anak Aunty?" lalu terus berlalu meninggalkan aku di dapur.


Errr....


Ini dapur di rumah sementara kami.

Anjing laut di Pullman Putrajaya


"Abg Azzad!! malam ni swimming jom.." ajak aku dengan nada berkobar kobar.

"Malas aku, banyak anjing laut malam malam ni kat situ" jawab abang ipar aku selamba.

"Hah?? Celah bedah mana ada anjing laut pulak ni?"

"................." tiada jawapan dari abang ipar aku sambil fokus mengawal jentera Subaru Impreza barunya di dlm GT5.

Tanpa berlengah, aku bersiap tanpa menghiraukan abang iparku dengan dunia PS3-nya. Start enjin kereta, terus lancar ke Kolam Renang Presint 6 Putrajaya. 

Tepat pukul 8.35 malam aku sampai,  terus parking port biasa sebelah tong sampah kecil. Dari pemandangan kasar aku di tempat letak kereta, ramai memilih menonton cerita gemilang dari beriadhah malam ni. Aku senyum.

"Cun!! Malam ni aku nak buat 1km non-stop arh, ade can boleh kurus nie!" bisikku perlahan.

Sampai je kat pintu masuk kolam, aku silap! Selautan manusia sedang berendam seperti menunggu giliran untuk disunatkan kali ke-2! Aku Klimaks.

Ada yang bergosip, ada  yang memerhati awek gomen berbikini, tidak kurang ada juga yang buat buat menyelam untuk melihat pemandangan indah di dasar kolam. Aku klimaks sekali lagi. Angkat beg, terus balik rumah. Sebelum tu, singgah beli Oblong  daging special satu!

Wadafak??? Kolam renang untuk berenang la woi, bukan berendam macam anjing laut!!




Aphal aku pulak??

Sememangnya Manchester United FC Hebat


Sebelum cuti tahun baru cina haritu, bukan main lagi  dah plan dalam otak nak setelkan final projek dengan assignment. Siap dah ada jadual harian, isnin sampai lah ke hari ahad. Dari jam 10 pagi sampai lah ke 10 malam semua aku dah isi dengan pengisian yang berilmiah. Tapi itu sebelum cuti, hakikatnya cuti seminggu memang aku manfaatkan secukupnya dengan tidur, makan, game, movie dan hang out. Study, assignment, final project lansung aku tak sentuh ha ha ha padan muka aku.

Esok kelas nak start dah. Subjek pertama esok hari memang buat aku tak keruan, bukan sebab susah tapi sebab pensyarah subjek tu adalah supervisor final projek aku. Mampos! Macam biasa esok aku akan datang kelas awal, lepas tu duduk kat belakang sekali selindung di sebalik tiang. Kalau die nampak jugak, memang usaha aku tak makan seminggu kurang berhasil lagi.

Errk, ok sekarang aku dah mula cari bahan research kat facebook dan twitter. 

*sambil like page Hannah Tan kat pesbuk dan merangka strategi MU untuk game seterusnya.

Hannah Tan's friend

Setelah 9 bulan!

Lama aku menyepi dari kancah diari maya ni. Akhirnya aku kembali untuk menyapu habuk debu yang bersarang di page aku ini. Tapi bukan sekarang, bila aku ada masa nanti :)

Ini post yang ke 34..Tahniah amir!