3 Kali


8.00 pagi  semalam, aku balik dari office. Meja harus kemas, file tersusun rapi, pen dan pensel mestilah diletakkan di tempat yang betul. Jangan kita zalimi pen dan pensel dengan tidak meletakkan pada tempat asalnya. 

9.00 pagi aku sampai rumah. Sepatutnya perjalanan makan masa setengah jam je, tapi  harini aku ambil masa sikit sebab nak tengok gadis cantik masuk kerja dekat kilang Vitagen depan warung mamak tu. Ok lah, nak buat santapan mata sebelum balik rumah. Sampai je rumah, aku masuk ikut pintu belakang. Sebab selalunya pagi pagi ni mama buat sarapan, jadi senang lah nak makan nanti. Tekaan aku tepat, nasi goreng kampung dengan ikan masin siap terhidang atas meja. Kopi pula masih panas menunggu untuk dihirup. Lepas salam tangan mama, terus aku letak beg, jacket dekat tepi peti sejuk. Jam tangan aku tanggalkan, phone aku letak sebelah pinggan. Bermula dengan Bismillah, aku telan nasi goreng satu pinggan. 

5.00 petang, aku baru bangun tidur. Kerja shift ni gila sikit, jam badan beroperasi di luar normal. Tapi demi ingin menjana ekonomi dunia, aku letak tepi soal masa kerja. Anak manja je kerja dari 8 pagi hingga 5 petang ni. Aku bingkas bangun dari katil terus masuk bilik air hanya 2 langkah dari kamar beradu. Berus gigi buatan Jepun aku capai, letak sedikit perasa dan aku aku tonyoh dekat gigi dengan lembut. Gigi kena jaga betul betul, benda nak guna lama. Lepas siap, aku turun bawah niat nak minum air suam segelas dua. Sampai dapur, ada sebungkus nasi ayam penyet belum berusik bawah tudung saji. Aku tarik kerusi, bukak kipas, terus makan sampai habis.

8.30 malam, Saif datang dengan Ajiwak naik proton wira spec UK. Katanya kalau setakat FD tu, pejam mata saja. Cakap budak Kelantan ni kita jangan percaya sangat, takut jadi khurafat. Niat malam ni nak jumpa sepupu Saif, dekat gombak. Nak tukar nama dekat geran motor. Sepupu Saif ni kerja Puspakom. Senang cerita, kita hulur sekeping note RM50 semua benda boleh setel. Tak payah aku nak beratur panjang panjang dekat JPJ tu. Lepas sesi table talk, aku nak balik rumah. Saif pula ajak tapau makan dulu, aku akur. Sebungkus nasi ayam dara greenwood menjadi pilihan. Sampai rumah, aku makan. Memang sedap. Syukur ke atas kurniaan rezeki yang diberiNya.

Semalam, aku makan nasi 3 kali. Budak bangfes pavilion je yang takut makan nasi banyak banyak ni kakakak.

0 saman: