KFC


Sempena hari Valentine's semalam, dia ajak aku untuk makan malam. Tapi bukan sebab nak meraikan Valentine's tu, tetapi sebab aku tengah lapar dia pun tengah lapar. Tepat 5.30 aku dah terpacak depan office dia, dan check in melalui aplikasi bangang foursquare.

10 minit menunggu, dia muncul dari pintu office dan terus berjalan masuk ke dalam kereta. Kami bersetuju untuk makan malam di KFC, tempat yang paling romantik ketika zaman sekolah dulu dulu. Walaupun KFC ni fast food yang paling banyak kontroversi, tapi pergi mati dengan semua tu. Aku kalau sampai KFC boleh jadi sawan masa nak order, kalau boleh semua benda nak makan. Tapi first thing first, cheezy wedges wajib ada. Snack plate spicy untuk dia, gabungan ayam dan burger (X-Meal) untuk aku. Setel bab order.

Sambil makan kami bercerita pasal aktiviti harian masing masing. Dia cerita pasal customer dia, aku cerita pasal Jack, dia cerita pasal overtime kerja dan aku masih cerita pasal Jack. 30 minit berselang, hidangan yang tadi memenuhi meja dah memenuhi perut. Aku tersandar kekenyangan, dia tersenyum kepuasan.

Aku suka tengok dia suka, walaupun terpaksa melanggar peraturan diet kali ke-5 dalam bulan ni. Takpe takpe, bulan depan boleh sambung diet lagi hihihi.

*Jack = bos aku kat tempat kerja.

0 saman: