Pesanan


Tarikh: 8.April.2010 - 11.April.2010

Destinasi: Surabaya

Aktiviti: Bebas

Ahli Jemaah : Bangah dan Ayah.

UCAPAN:

Kepada classmate ---> Aku akan buat assignment ketika sedang makan di surabaya nanti, jangan risau eh. Pastu aku send gune email dengan hp aku :)

Kepada rakan semakanan ---> Aku tahu gravy baby akan sunyi tanpa aku, tapi apa kan daya aku terpaksa meninggalkan korang buat sementara waktu. Tapi korang kene janji, sepeninggalan aku ni, korang kene makan banyak banyak, biar stok makanan kat gravy baby tue abis!!

Kepada Mama ---> Jaga rumah elok elok, kunci pagar, pasang alarm. Nanti am belikan sambal belacan dari Surabaya..luv u!

Kepada Awak, haa ye laa awak..sape lagi ---> Jangan lupa makan pagi, tengah hari, petang dan malam. Tidur nanti basuh kaki tau. errkk, yang lain lain nanti saya sms lah....segan la nak taip kat sini ehehhe :p


ps: doakan keselamatan aku pergi dan balik yea..aminn...


Tetiba rasa lapar lak..

test..test..testing..


"Guys...On thursday we are having a test. Please study and the mark will be added on your final assignment result"

Masih terngiang ngiang lagi apa yang di lafaz oleh pensyarah aku. Balik je rumah, aku terus buat notes dengan Hadi. Beria aku membaca, menghafal, mengeja, memahami dan belajar dengan menggunakan konsep SMART Reading. Malam sebelum Test bermula, aku tak boleh tidur, kerana masih sibuk menghafal dan memahami segala silibus yang telah diajar. Bukan sikit, ade lah nk dekat 7 topik.

Jam menunjukkan pukul 2 pagi, mata masih tak boleh lelap, hati resah, badan mula berpeluh mengenangkan Test yang akan dijalankan pada esok hari. Akhirnya aku tertidur dengan sepahan notanota yang masih kupegang erat.

********************************

Sebelum masuk kelas, rutin harianku seperti biasa akan hisap rokok dulu kat parking lot (tempat aku jatuh longkang hari tu). Aku cuba tenangkan fikiran dengan rokok. Setelah habis sebatang, aku melangkah ke kelas dengan penuh semangat. Matlamat aku adalah untuk score sehabis baik sebab aku nak assignment aku dapat A+++++. Keadaan kelas sunyi, semua sibuk dengan nota masing masing.

Selang beberapa minit, pensyarah aku masuk dengan senyuman manis yang boleh mencairkan hati lelaki yang single macam Hadi rakan kelasku. Hatiku dah berdegup kencang. Aku cuba membayangkan rupa soalan yang bakal aku jawab sebentar nanti, tapi aku gagal. Kemudian pensyarah aku dengan selamba berkata:

"i want everybody stand up. If you can answer my question, then you can seat."

Arghhh, aku nak kertas soalan, aku nak tulis jawapan atas kertas!!!!!!!

Tapi aku dapat jawab soalan yang pensyarah aku bagi, sebab senang jer hee....thank you miss :D


p/s: adakah ni boleh diketegorikan sebagai April Fools? :p



Aku suke jawab test

Nescafe memang sedap!


Rokok gulung yang diberikan Hadi kepada aku membuatkan kepala aku berputar macam gasing. Sumpah pening, mungkin sebab aku dah lama tak hisap rokok gulung. Rokok yang mempunyai perasa ape tah aku tarik dalam dalam dan hembus asap perlahan lahan macam orang yang tengah banyak masalah. Tak sampai setengah batang aku buang lalu aku pijak lebihan rokok itu. Banyak benda yang aku fikirkan sehingga aku pun tak tahu apa yang aku fikir. Aku berjalan beberapa tapak ke motor kesayanganku untuk mengambil Nescafe latte yang aku letak di situ sebelum aku mula menghisap rokok tadi. Selepas beberapa teguk, aku kembali bersama kawan kawan serokok. Tapi sebelum aku sampai ke destinasi yang ingin ku tuju, bedeeeeeeeeebukkkkkkkkk!!! Kaki kiri aku masuk longkang.


Dalam kesakitan tu, aku nampak, sorang dah gelak terkekek kekek, sorang tengok aku dengan muka kesian, dua orang lagi tengah mencarut dalam bahasa arab. Kaki aku da macam nak patah terkena simen dekat longkang tu dorang leh buat tak paham je. Tapi tak apa, aku cool. Aku buat buat macam tak sakit. Untuk mengelakkan gelak itu berpanjangan, aku hidupkan enjin motor, terus aku blah cakap nak beli pergi beli rokok. Muka dah merah merah macam mintak penampar hahah...


p/s: sape tak pernah jatuh longkang? meh aku tolak masok longkang, pastu biar aku gelakkan korang :D

aku tak tahu kenapa




Tiba-tiba mood aku hilang.
Kenapa kau dah tak seperti dulu?




Yer, manusia boleh berubah dalam sekelip mata. Mereka ada hak.

sesi merehatkan minda


Ahad lepas aku menyaksikan perlawanan akhir badminton All England antara Dato Lee Choong Wei dengan budak hingusan dari Jepun bernama Tago. Boleh tahan la jugak budak Jepun ni main, walaupun tak menang, tapi aku suka tengok semangat budak ni. Muka nak serius je, cuba la senyum sikit. Satu dunia tengah tengok muka lu bro~~Tahniah untuk Choong Wei sebab menang dengan jaringan gol 21-19, 21-19. Tapi, aku rasa bola Chong Wei yang point last tu macam out jer, ulang tayang beberapa kali jelas kelihatan yang bulu tangkis itu sebenarnya OUT. Tapi nak buat macam mana, dah dapat duit dengan medal pun. Tahniah!

Hari ni satu konsert mini akan diadakan di kolej aku. Dan yang paling best, aku terlibat secara lansung untuk menjalankan konsert ini. Aku akan bergandingan bersama seorang anak watan dari Maldive dan tiga anak Malaysia untuk menyanyikan lagu Situasi dari kumpulan Bunkface secara akustik. Tak dapat masuk audition AF pun takpelah, mana la tau masa aku tengah perform nanti M.Nasir datang usya aku, pastu terus offer aku contract. Sape tau ye dok? Suara aku pun tak lah sedap sangat, tapi kalau nak dibandingkan dengan Jason Mraz tu susah sikit la nak bezakan.

Bukan setakat aku kena nyanyi je, ade lak lecturer ni dengan begitu sopan menyuruh aku untuk memperagakan pakaian kebangasaan iaitu baju melayu untuk fashion show. Haishh.......Tapi takde hal lah. Demi mu lecturer, aku sanggup. (Lecturer tu boleh tahan la suweet die) Jadi aku kene buat buat senyum bila tengah catwalk nanti heeeeeee. Aku ingat azab aku dah berakhir, rupanya ada satu lagi permintaan. Aku kena menjadi penari latar untuk closing ceremony. Aku kena menari lagu Im Alive dari Celline Dion. Sumpah kelakar, kalau ade orang rekod time aku menari ni, memang aku nak bakar kamera dia. Serius weh!!!

Harap-harap konsert ni berjalan ngan lancar. Ermm tiba tiba aku rasa macam jadi orang penting je dalam kolej ni :p. Bila dah jadi orang penting ni, kena jaga keterampilan, tingkah laku dan percakapan kan? (hipokrit gila!!) Lepas jadi orang penting, baru lah boleh jadi terkenal kat kolej hahahhahaha...Agak agak, sem depan boleh tak aku dapat adik angkat dari Mongolia?


Comelkan student mongolia :p