Tiada Tandingan


Memang banyak aku jumpa di pasar pasar malam, restoran restoran terkemuka di bandaraya, malahan kedai tomyam samad kat hujung kampung tu pun ade jual. Tapi semuanya tidak sama, dari segi rupa, harga dan paling penting RASAnya. Setelah jauh merantau, dari selatan ke utara, timur ke barat akhirnya mataku tertangkap sesuatu yang amat menarik perhatian serta perutku.


Aku terus bagi signal kanan , parking Skyline limited edition aku betul betul depan kedai nie. Perut dah mula berkeroncong, ape lagi aku terus order.

"bang, bagi saya nasi goreng ayam lebih, dengan teh o ais".

"maafin mas, disini cuma ada pau. nasi nasi ga ada mas..maafin ya"

"ermm, macam tu bagi Pau ayam satu, teh o ais satu. ok?"

"ga cukup sih, kok Pau nya cuma satu".

"takpe, saya memang tak makan banyak" Aku memutuskan perbualan.

Pelayan indon tu pun berlalu pergi dengan order aku tadi. Selang beberapa minit, tak sempat aku nak update status facebook pun, makan yang aku order tadi pun sampai. Ape lagi, makan la!!





Haa kan aku da cakap, aku makan satu je. Memang tak banyak pun, jadi kalau korang dengar yang aku makan banyak tu, semuanya tak betul OK?

Pekena Pau ayam ngn teh o ais waktu tengah hari memang best. Tapi aku tak rasa nak makan banyak pun, sebab aku makan tak banyak (saje ulang banyak kali eheh). Tengah aku dok menikmati pemandangan Tanjung Malim, tiba-tiba ada masej masuk kat henpon aku. Aku bace:

"Kehadapan sahabatku yang disayangi, apa khabar kamu di sana? Aku harap sihat-sihat hendaknya. Aku di sini sihat sahaja, berat pun dah naik 10 kilo tapi aku tak kesah. Dengarnya kamu berada di Tanjung Malim sekarang, betul ke? Kalau betul lah perkabaran ini, boleh kah kamu membelikan aku LAPAN biji Pau? Empat daging dan empat ayam. Aku ingin sangat makan kesemua Pau pau tu nanti, kerana aku sedang lapar sangat-sangat. Kerjasama kamu amat aku harapkan. Sekian terima kasih.

ps: pecah kaca pecah gelas, sudah makan jgn curi gelas"-Farwalis

Setelah membaca masej tadi, aku cuma tersenyum. Dia ni memang kuat makan, jadi aku tak la heran sangat setakat lapan tu. Sebelum berangkat ke KL aku pun tapau la Pau tersebut untuk sahabat ku tadi. Sebelum tu aku ade snap beberapa keping gambar lagi.

sangat klasik

dah tak klasik

jangan risau, 100% halal

Aku pun meneruskan perjalanan ke KL yang aku anggarkan sejam perjalanan. Destinasi seterusnya ialah MASUM yang terletak di Pusat Sukan Universiti UPM Serdang. Tujuannya adalah untuk memberikan Pau yang dikirim tadi berserta jersy Liverpool tanpa logo C'berg versi original dari Padang Besar, Perlis. Dalam perjalanan, aku lalu sebelah UPSI. Perghh, kalau time aku sekolah dulu cikgu aku semua macam yang aku nampak ni, konfem aku dah jadi budak pandai dan sambung belajar kat Manchester United. Hot gila bakal cikgu-cikgu kat sini!!

Baju ungu itu adalah budak UPSI!




Setelah sejam perjalanan, aku sampai di MASUM. Erm, aku malas la nak cerita panjang2. Korang tengok gambar kat bawah nie, dan buat lah kesimpulan sendiri eh? Aku tak marah nye..








ps1: Aku da cakap dia ni kuat makan, korang tak caya....
ps2: Masa aku makan Pau nie, aku tengah rindu kat orang jauh :D

7 saman:

farwalis said...

waaaahhhh cakap makan satu,

tapi dalam gambar ada 1 dah habis.


HAPA CITA??

makwe joni said...

aku mmg percaya dia tu kuat mkn

farwalis said...

macam mana kantoi dengan citah ni?? adoi

makwe joni said...

hah..tu lah ko..sepandai-pandai ko cengkelat, akhirnya terkantoi juge

farwalis said...

cengkelat tu ape

Nurrain Elfrisha said...

haha..
tgk la perut caki cmne..
=p

am3r said...

ahha yess....caki, anda terkena panggilan hangit!!!!!