Nescafe memang sedap!


Rokok gulung yang diberikan Hadi kepada aku membuatkan kepala aku berputar macam gasing. Sumpah pening, mungkin sebab aku dah lama tak hisap rokok gulung. Rokok yang mempunyai perasa ape tah aku tarik dalam dalam dan hembus asap perlahan lahan macam orang yang tengah banyak masalah. Tak sampai setengah batang aku buang lalu aku pijak lebihan rokok itu. Banyak benda yang aku fikirkan sehingga aku pun tak tahu apa yang aku fikir. Aku berjalan beberapa tapak ke motor kesayanganku untuk mengambil Nescafe latte yang aku letak di situ sebelum aku mula menghisap rokok tadi. Selepas beberapa teguk, aku kembali bersama kawan kawan serokok. Tapi sebelum aku sampai ke destinasi yang ingin ku tuju, bedeeeeeeeeebukkkkkkkkk!!! Kaki kiri aku masuk longkang.


Dalam kesakitan tu, aku nampak, sorang dah gelak terkekek kekek, sorang tengok aku dengan muka kesian, dua orang lagi tengah mencarut dalam bahasa arab. Kaki aku da macam nak patah terkena simen dekat longkang tu dorang leh buat tak paham je. Tapi tak apa, aku cool. Aku buat buat macam tak sakit. Untuk mengelakkan gelak itu berpanjangan, aku hidupkan enjin motor, terus aku blah cakap nak beli pergi beli rokok. Muka dah merah merah macam mintak penampar hahah...


p/s: sape tak pernah jatuh longkang? meh aku tolak masok longkang, pastu biar aku gelakkan korang :D

2 saman:

makwe joni said...

nk aku ckp kesian ke?

am3r said...

tak payah, aku pun tak kesian kan diri aku haha