skip to main |
skip to sidebar
"Guys...On thursday we are having a test. Please study and the mark will be added on your final assignment result"
Masih terngiang ngiang lagi apa yang di lafaz oleh pensyarah aku. Balik je rumah, aku terus buat notes dengan Hadi. Beria aku membaca, menghafal, mengeja, memahami dan belajar dengan menggunakan konsep SMART Reading. Malam sebelum Test bermula, aku tak boleh tidur, kerana masih sibuk menghafal dan memahami segala silibus yang telah diajar. Bukan sikit, ade lah nk dekat 7 topik.
Jam menunjukkan pukul 2 pagi, mata masih tak boleh lelap, hati resah, badan mula berpeluh mengenangkan Test yang akan dijalankan pada esok hari. Akhirnya aku tertidur dengan sepahan notanota yang masih kupegang erat.
********************************
Sebelum masuk kelas, rutin harianku seperti biasa akan hisap rokok dulu kat parking lot (tempat aku jatuh longkang hari tu). Aku cuba tenangkan fikiran dengan rokok. Setelah habis sebatang, aku melangkah ke kelas dengan penuh semangat. Matlamat aku adalah untuk score sehabis baik sebab aku nak assignment aku dapat A+++++. Keadaan kelas sunyi, semua sibuk dengan nota masing masing.
Selang beberapa minit, pensyarah aku masuk dengan senyuman manis yang boleh mencairkan hati lelaki yang single macam Hadi rakan kelasku. Hatiku dah berdegup kencang. Aku cuba membayangkan rupa soalan yang bakal aku jawab sebentar nanti, tapi aku gagal. Kemudian pensyarah aku dengan selamba berkata:
"i want everybody stand up. If you can answer my question, then you can seat."
Arghhh, aku nak kertas soalan, aku nak tulis jawapan atas kertas!!!!!!!
Tapi aku dapat jawab soalan yang pensyarah aku bagi, sebab senang jer hee....thank you miss :D
p/s: adakah ni boleh diketegorikan sebagai April Fools? :p
Aku suke jawab test
2 saman:
i hate exams !
ugh.
boooooooooooo
Post a Comment