Ahad lepas aku menyaksikan perlawanan akhir badminton All England antara Dato Lee Choong Wei dengan budak hingusan dari Jepun bernama Tago. Boleh tahan la jugak budak Jepun ni main, walaupun tak menang, tapi aku suka tengok semangat budak ni. Muka nak serius je, cuba la senyum sikit. Satu dunia tengah tengok muka lu bro~~Tahniah untuk Choong Wei sebab menang dengan jaringan gol 21-19, 21-19. Tapi, aku rasa bola Chong Wei yang point last tu macam out jer, ulang tayang beberapa kali jelas kelihatan yang bulu tangkis itu sebenarnya OUT. Tapi nak buat macam mana, dah dapat duit dengan medal pun. Tahniah!
Hari ni satu konsert mini akan diadakan di kolej aku. Dan yang paling best, aku terlibat secara lansung untuk menjalankan konsert ini. Aku akan bergandingan bersama seorang anak watan dari Maldive dan tiga anak Malaysia untuk menyanyikan lagu Situasi dari kumpulan Bunkface secara akustik. Tak dapat masuk audition AF pun takpelah, mana la tau masa aku tengah perform nanti M.Nasir datang usya aku, pastu terus offer aku contract. Sape tau ye dok? Suara aku pun tak lah sedap sangat, tapi kalau nak dibandingkan dengan Jason Mraz tu susah sikit la nak bezakan.
Bukan setakat aku kena nyanyi je, ade lak lecturer ni dengan begitu sopan menyuruh aku untuk memperagakan pakaian kebangasaan iaitu baju melayu untuk fashion show. Haishh.......Tapi takde hal lah. Demi mu lecturer, aku sanggup. (Lecturer tu boleh tahan la suweet die) Jadi aku kene buat buat senyum bila tengah catwalk nanti heeeeeee. Aku ingat azab aku dah berakhir, rupanya ada satu lagi permintaan. Aku kena menjadi penari latar untuk closing ceremony. Aku kena menari lagu Im Alive dari Celline Dion. Sumpah kelakar, kalau ade orang rekod time aku menari ni, memang aku nak bakar kamera dia. Serius weh!!!
Harap-harap konsert ni berjalan ngan lancar. Ermm tiba tiba aku rasa macam jadi orang penting je dalam kolej ni :p. Bila dah jadi orang penting ni, kena jaga keterampilan, tingkah laku dan percakapan kan? (hipokrit gila!!) Lepas jadi orang penting, baru lah boleh jadi terkenal kat kolej hahahhahaha...Agak agak, sem depan boleh tak aku dapat adik angkat dari Mongolia?
Comelkan student mongolia :p
4 saman:
sy xder abg. nk abg angkat jgk la..
gile glamer kau...bagus bagus
orang mongolia muka mcm sepesen lah
xde abg angkat yg nk kat awak :p
gile glamer hahahaha
muka orang melayu? sebesen? heee
Post a Comment