KPJ Ampang Puteri


Ini entah ke berapa banyak kali aku teman Nad untuk rutin bulanannya di sini. Permintaan untuk berjumpa dengan doktor pakar Dr. Marsita ni aku perati memang tinggi. Jadualnya pula hanya pada hari Selasa setiap minggu. Tiada hari lain yang dia available, mungkin kerana ada tanggungjawab lain yang perlu di laksanakannya. Klinik dibuka pada jam 8.30 pagi untuk pendaftaran dan doktor akan datang menjenguk bermula jam 10 pagi sehingga 1 petang, kadang kala sampai ke lewat petang.

Hari ini tidak macam hari kebiasaan, aku dan Nad datang lebih awal untuk mendapatkan nombor giliran. Kami bergerak dari rumah tepat jam 7 pagi dan sampai kira kira 40 minit kemudian. Sampai di klinik, sudah ada yang menunggu di depan pintu walaupun lampu pun masih belum dibuka. Entah pukul berapa la diorang ni sampai. Takkan tak sarapan nasi lemak dulu kot? 

Kedatangan kami kali ni lebih bersedia, laptop, charger phone, buku, makanan ringan semua aku dah siapkan dalam beg. Tak adalah masa aku terbuang dengan melihat nurse praktikal lalu lalang sini sana nanti. Bukan apa, dah banyak kesan cubit melekat dekat tangan dengan peha aku sebab benda jadi pemerhati nurse ni. Ini merupakan langkah terbaik untuk mengurangkan kesan penderaan di badan. Sekurang kurangnya, dengan menaip di laptop atau membaca buku puisi ketika menunggu ni nampak macam lelaki berwawasan sikit. 

Ini dah masuk 3 jam menunggu, pesakit makin ramai, nurse makin sibuk. Ada yang lalu lalang bawa fail kosong. Ada yang tak renggang dari pegang telefon untuk jawab panggilan. Tak kurang juga ada yang asyik 'look around' dengan menggunakan aplikasi bangang wechat. Siapa punya idea la look around ni, geram betul aku. Pesakit juga tidak kurang sibuknya, Ada yang tidur, ada yang main game, ada juga yang cuba beramah mesra dengan pesakit lain dengan bergosip tentang Che Ta yang dikatakan terasa hati dengan Edry menjadi punca dia menarik diri dari menjadi juri tetap Akademi Fantasia 2015. Macam macam hal.

Kos untuk mendapatkan rawatan di Ampang Puteri ni agak mahal. Masa ni la aku boleh bersyukur sebab insurance Nad cover untuk pregnancy dan checkup yang related dengan pregnancy Kalau tak, jangan harap la aku nak merasa pergi hospital pakar ni. Ada wifi, tempat menunggu selesa, nurse pun ramai dan cantik ramah belaka. Untuk satu sesi consultation, klinik akan charge dalam RM150 ke RM300 termasuk ubat. Ko bayangkan kalau ada 20 orang setiap hari, darab pulak dengan 20 hari paling cikai. Itu belum masuk kalau ada operation, standby, OT, elaun makan minum, elaun keraian, elaun telefon, elaun kereta dan minyak. Entah berapa la gaji doktor ni, hmmm..


Tiba tiba aku teringin nak jadi gynae......





seriously bruh?



Menulis blog panjang panjang sudah terlalu Mainstream.


Hai, aku lapar.



Borak Flyover.


Hujan sedang-sedang lebat membasahi bumi Cyberjaya. Sebagai pemuda yang berhati-hati dan prihatin tentang keselamatan, aku berhenti menumpang teduh di bawah salah satu 'flyover' lebuhraya Sekembang-Dengkil. Bukan takut kebasahan, tapi aku risau juga dengan kesihatan Blacky yang sering berhujan ni. Walaupun dia tampak tenang dan gagah, tapi aku faham isi hatinya yang meraih simpati kesejukan.

Sedang menikmati kehebatan Maha Esa dan keegoan pemandu kereta, datang seorang brader dengan Z1000 nya berhenti betul-betul di belakang Blacky. Aku pandang, senyum dan angguk tanda sapaan asas bikers Malaysia. Tangan dihulur berjabat cara pahlawan perang.  Aku yakin benar brader ni seorang jurutera rokes yang bekerja di Cyberjaya. Muka bengis berkaca mata, berbadan besar dan berseluar jeans lusuh koyak sedikit bawah lutut. Brader tadi berhenti sekejap untuk membalut notebook yang dibawanya dengan plastik dan diletakkan kembali dalam porch-bag.


Lama juga aku berborak kosong dengan dia, nak dekat 5 minit kiraan kasar. Dari tinggal dekat mana sampai ke perihal kisah Farid Kamil membuntingkan Diana Danielle dengan jayanya. Ini aku tipu. Sebelum balik aku ada tanya dia 2 soalan.
.


Kerja apa bang? 

Aku part time je dekat Kirkby College ni, mengajar. 

Mengajar apa?

Hurmm, Pendidikan Islam.

oooooooooooooooooo...........



Kawasetan


Aku baru sahaja selesaikan proses pembelian motor dari abang ipar sendiri. Kehulu hilir, kesana sini, kesitu sinun lah aku dengan motor baru. Sukanya bukan kepalang, mengalahkan mereka yang mendapat keizinan isteri untuk berkahwin lagi. Orang kata mencapai inzal dengan memulas throttle.

Tapi itu dua bulan lepas, sekarang dah rasa macam nak tukar motor lain pulak. Jenis perangai setan.









3 Kali


8.00 pagi  semalam, aku balik dari office. Meja harus kemas, file tersusun rapi, pen dan pensel mestilah diletakkan di tempat yang betul. Jangan kita zalimi pen dan pensel dengan tidak meletakkan pada tempat asalnya. 

9.00 pagi aku sampai rumah. Sepatutnya perjalanan makan masa setengah jam je, tapi  harini aku ambil masa sikit sebab nak tengok gadis cantik masuk kerja dekat kilang Vitagen depan warung mamak tu. Ok lah, nak buat santapan mata sebelum balik rumah. Sampai je rumah, aku masuk ikut pintu belakang. Sebab selalunya pagi pagi ni mama buat sarapan, jadi senang lah nak makan nanti. Tekaan aku tepat, nasi goreng kampung dengan ikan masin siap terhidang atas meja. Kopi pula masih panas menunggu untuk dihirup. Lepas salam tangan mama, terus aku letak beg, jacket dekat tepi peti sejuk. Jam tangan aku tanggalkan, phone aku letak sebelah pinggan. Bermula dengan Bismillah, aku telan nasi goreng satu pinggan. 

5.00 petang, aku baru bangun tidur. Kerja shift ni gila sikit, jam badan beroperasi di luar normal. Tapi demi ingin menjana ekonomi dunia, aku letak tepi soal masa kerja. Anak manja je kerja dari 8 pagi hingga 5 petang ni. Aku bingkas bangun dari katil terus masuk bilik air hanya 2 langkah dari kamar beradu. Berus gigi buatan Jepun aku capai, letak sedikit perasa dan aku aku tonyoh dekat gigi dengan lembut. Gigi kena jaga betul betul, benda nak guna lama. Lepas siap, aku turun bawah niat nak minum air suam segelas dua. Sampai dapur, ada sebungkus nasi ayam penyet belum berusik bawah tudung saji. Aku tarik kerusi, bukak kipas, terus makan sampai habis.

8.30 malam, Saif datang dengan Ajiwak naik proton wira spec UK. Katanya kalau setakat FD tu, pejam mata saja. Cakap budak Kelantan ni kita jangan percaya sangat, takut jadi khurafat. Niat malam ni nak jumpa sepupu Saif, dekat gombak. Nak tukar nama dekat geran motor. Sepupu Saif ni kerja Puspakom. Senang cerita, kita hulur sekeping note RM50 semua benda boleh setel. Tak payah aku nak beratur panjang panjang dekat JPJ tu. Lepas sesi table talk, aku nak balik rumah. Saif pula ajak tapau makan dulu, aku akur. Sebungkus nasi ayam dara greenwood menjadi pilihan. Sampai rumah, aku makan. Memang sedap. Syukur ke atas kurniaan rezeki yang diberiNya.

Semalam, aku makan nasi 3 kali. Budak bangfes pavilion je yang takut makan nasi banyak banyak ni kakakak.